22 Mac 2014

Muhasabah: Akukah Guru?

PERANAN GURU
Guru sebenar guru ialah seorang guru yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya.
Prinsip utamanya seorang guru mesti faham bahawa tugas mengajar dan mendidik serta meneladan adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru mestilah dapat menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad iaitu menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kebodohan, kebebalan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan. Kerja mengajar pula adalah sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas.

21 Mac 2014

Demokrasi Melahirkan Hedonisme

Tatkala seluruh negara masih dirundung kesedihan dan sedang mendoakan dijumpainya MH370, pesawat Malaysia Airlines yang hilang dalam perjalanannya dari Kuala Lumpur menuju Beijing, pada masa yang sama Bukit Jalil gegak gempita dengan pesta maksiat yang diraikan dengan penuh kebesaran secara terbuka. Pesta Future Music Festival Asia (FMFA) yang dikatakan dibuat secara senyap itu telah menggemparkan negara apabila 6 orang disahkan mati akibat pengambilan dadah yang berlebihan. Lebih memalukan dan mendukacitakan, antara yang meninggal dan yang menyertai festival muzik antarabangsa itu adalah dari kalangan anak-anak muda Muslim. Sungguh memalukan dan mendukacitakan juga apabila pihak polis hanya bertindak untuk membatalkan konsert yang penuh dengan maksiat itu pada hari ketiga, setelah berlakunya kematian sehari sebelumnya. Umum mengetahui bahawa pesta seumpama itu memang tidak sah jika tidak disertai dengan arak dan dadah, malah perzinaan juga. Di manakah letaknya maruah Malaysia yang pemerintahnya mengaku sebagai sebuah “Negara Islam”? Apakah konsert liar ini bertepatan dengan konsep wasatiyyah (sederhana) yang dicanangkan oleh Perdana Menteri sehingga pesta maksiat ini dibenarkan oleh kerajaan? Apakah sudah tidak ada mufti dan alim ulama dalam kerajaan yang berani menegur tindakan maksiat pemerintah ini? Atau semuanya lebih memilih untuk menjadi syaitan bisu dek pendapatan lumayan yang diperolehi setiap bulan?

13 Mac 2014

DI SEBALIK MISTERI KEHILANGAN MH370

Seluruh negara, malah seluruh dunia gempar dengan kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas. Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dikatakan hilang dari radar di Laut China Selatan di kawasan perairan Vietnam. Sejak itu, usaha mencari dan menyelamat terus dijalankan yang sehingga kini telah melibatkan banyak pihak termasuk seluruh pakar, kenderaan dan peralatan yang paling canggih di dunia dari lebih 10 buah negara. Walaupun segala usaha telah dan sedang dilakukan, namun ternyata setakat ini langsung tidak ada petunjuk atau tanda-tanda untuk menemui pesawat berkenaan. Kebuntuan terus melanda setiap pihak yang terlibat dalam pencarian pesawat malang berkenaan hingga ke saat nasyrah ini ditulis. 

10 Mac 2014

JAUH YANG DEKAT

Bukanlah rasa kebersamaan itu pada selalu bersama. Atau selalu berjumpa. Ianya jauh lebih baik dan lebih mulia dari itu. Berapa ramai orang disekeliling kita tetapi tidak bersama kita. Yang ada hanya tubuhnya, tapi jiwa dan rasanya...jauh sekali!
Berapa ramai juga orang yang jauh dari kita, tetapi hakikatnya dekat sekali dihati. Yang jauh hanya jarak, tapi hatinya...seakan satu!
Berkongsi rasa rindu yang satu..      
Rasa cinta yang yang satu..
Cita-cita terutama yang satu..
Sehingga membentuk frequensi amal-amal yang berpadu!

04 Mac 2014

3 Mac 1924. ..

MEMPERINGATI KEJATUHAN KHILAFAH UTHMANIAH 3 MAC 1924
Oleh:  Dr Riduan Mohd Nor
Ramai yang tidak menyedari tarikh 3 Mac ialah sejarah pilu ummah, akibat runtuhnya sebuah kerajaan Islam yang telah memayungi sarwajagat dunia Islam termasuk alam Melayu. Kerajaan Islam yang berpusat di Turki itu melingkar jauh kekuasaannya sehinggalah ke Balkan di Eropah.
Negara Turki terletak di Asia kecil dan di sebelah Tenggara Benua Eropah. Kedudukan Turki memang unik, kerana sebahagian besar wilayahnya terletak di Asia, dan sebahagian kecilnya terletak di Eropah. Kedua-dua wilayah yang terpisah ini dihubungkan dengan jambatan yang merentasi Selat Bosporus.

17 Februari 2014

CINTA kerana Allah

https://www.youtube.com/watch?v=A-60Noq4jPU&feature=youtube_gdata_player

10 Januari 2014

RENUNGAN MAULID: MENELADANI RASULULLAH, MENERAPKAN SYARIAH DAN MENEGAKKAN KHILAFAH 'ALA MINHAJ NUBUWWAH

[SN376] Sambutan maulid ar-Rasul sudah menjadi rutin bagi umat Islam saat ini. Setiap tahun, ia disambut dengan pelbagai gaya dan cara dan pastinya ‘tidak sah’ sambutan jika tidak disertai dengan acara perarakan.  Selain itu, ia juga dipenuhi dengan program-program lain seperti bacaan syair, qasidah, nasyid dan seumpamanya, sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan ia sudah menjadi semacam temasya tahunan. Malah, dari masa ke semasa, majlis sambutan itu senantiasa diwarnai dengan pelbagai kreativiti agar lebih menarik.