13 Februari 2013

3 Jenis Cinta Kepada Nabi SAW


Suka untuk dikongsikan di sini sesuatu yang perlu kita fikir dan tanya diri sendiri. Persoalan 3 jenis manusia cinta kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam:

1)  Cinta Abu Lahab kepada Nabi
-  Abu Lahab cintakan insan yang bernama Muhammad sejak bayi.  Malah dialah antara orang yang bergembira dengan kelahiran Nabi.  Sejurus kelahiran bayi mulia itu, Abu Lahab lah yang menaja ibu susu bernama Thuwaibah yang merupakan hambanya kepada bayi tersebut.  Sejak kecil hingga Baginda Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam dewasa, Abu Lahab tiada masalah dengan Baginda.  Tetapi apabila Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengumpulkan ahli keluarga untuk mengajak kepada mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA, Abu Lahablah dengan kelancangan mulutnya telah mencelaka Baginda dan pelbagai usaha dilakukan bagi mengagalkan dakwah Nabi.  ALLAH tidak redha dia.  Ke neraka dia akhirnya!

-  Cinta jenis begini ada sejak dahulu sampai sekarang.  Manusia-manusia jenis ini mengaku cintakan Nabi, tetapi dalam masa yang sama, merekalah juga yang membangkang dan menentang usaha-usaha untuk membawa ajaran Islam ke dalam masyarakat.  Mereka persis Abu Lahab.

2)  Cinta Abu Talib kepada Nabi
-  Abu Talib cintakan kepada Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Malah dia telah bela dan lindungi Nabi sejak kecil sampailah Abu Talib sendiri meninggal dunia pada usia sekitar 80 tahun (kurang-lebih).  Tetapi apabila Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengajak Abu Talib agar mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA, Abu Talib memberikan banyak alasan.  Abu Talib tidak terima dakwah Nabi, tidak ikut ajaran Nabi dan dalam masa yang sama tidak pula dia menentang dan membangkang.  ALLAH tak redha dia.  Ke neraka dia akhirnya!
-  Cinta jenis begini juga ada sejak dahulu lagi.  Mereka mengaku mencintai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, bahkan jika nama Nabi dihina dan imej Nabi diperlekeh, mereka akan bangkit membela dan menyatakan ketidakpuashatian.  Tetapi malangnya, ajaran-ajaran Nabi tidak pula dihayati dan diambil sepenuhnya.  Mereka tidak kisah akan ajaran Nabi.  Mereka sekadar cinta sahaja.  Mereka persis Abu Talib.

3)  Cinta Abu Bakr radhiAllahu `anhu kepada Nabi
-  Abu Bakr radhiAllahu `anhu cintakan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Beliau bukan setakat cinta, bahkan bela, lindung dan berkorban untuk Nabi.  Dan yang lebih istimewa dan bermakna ialah beliau ikut seruan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam 100%.  Bahkan setelah Baginda Nabi wafat, beliau terus sambung perjuangan dakwah Nabi untuk mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA.  Sejak hidup lagi beliau sudah dijamin masuk ke Syurga.  ALLAH redha beliau.  Dan ke Syurgalah tempat akhir beliau radhiAllahu `anhu.

-  Cinta jenis ini juga telah ada sejak dahulu sampai sekarang.  Mereka ini mencintai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sepenuh hati dan sentiasa berusaha untuk menghayati semua ajaran-ajaran Nabi.  Para sahabat Nabi, tabi`in, tabi`ut tabi`in, orang-orang soleh selepas zaman mereka sampailah hari ini sentiasa menjadi penerus kepada dakwah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.  Bukan sahaja dipraktikkan kepada diri sendiri dan keluarga, bahkan mereka menyebar-nyebarkan ajaran Nabi yang mulia.  Mereka tetap di atas jalan Nabi walaupun persekitaran mereka memilih sebaliknya.  Cinta mereka kepada Nabi persis seperti Abu Bakr radhiAllahu `anhu, iaitu cinta Nabi dan ikut serta taat kepada ajaran Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

Cinta kita kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam cinta yang macam mana?
Ayuh kita sama-sama muhasabah supaya akhir tempat kita ialah ke Syurga dan ALLAH redha kita, amin…

11 Februari 2013

SHARE: Konferens Muslimah

Sekadar Tumpang Iklan, Maklumat  Lanjut Sila Klik Yang Berkenaan

KONFERENS MUSLIMAH:
Menyongsong Penegakan Syariah & Khilafah




Sekuntum Mawar Merah...


“Sekuntum mawar merah….sebuah puisi ….untuk gadis pilihan….di bulan Februari….”  Pastinya ramai yang pernah mendengar bait-bait merdu lirik lagu nyanyian kumpulan Alleycats yang digubah oleh penggubah tersohor negara, M.Nasir.  Lagu malar segar ini seolah-olah tidak dapat dipisahkan dengan kedatangan bulan Februari yang di dalamnya ada sambutan satu hari khas yang dinamakan Hari Kekasih.  Umum telah mengetahui Hari Kekasih disambut sempena memperingati pengorbanan cinta Saint Valentine. Maka, ungkapan lazimnya diucapkan pada hari tersebut ialah “Happy Valentine’s Day”.

Dalam keghairahan stesyen-stesyen televisyen menyajikan program dan rancangan yang menonjolkan manifestasi cinta sesama manusia, kita mendapati cinta kepada manusia yang tidak dilandasi dengan ketaqwaan kepada Allah bakal mengundang binasa.  Secara umumnya walaupun sambutan dan kemeriahan Hari Kekasih lebih sinonim di kalangan remaja, kita bersyukur kerana sentiasa ada golongan yang tidak jemu untuk memperingatkan kepada semua tentang hukum sambutan hari tersebut.  Sudah jelas bagi golongan yang berfikir dengan akal yang waras bahawa hukum menyambutnya adalah haram kerana unsur tasyabuh bil kuffar – menyerupai orang kafir.  Ianya adalah budaya orang-orang Nasrani yang langsung tidak ada kena mengena dengan agama Islam yang syumul.  Ibnu Umar berkata: “Rasulullah Sallalahu alaihi wasallam bersabda: ”Barang siapa menyerupai suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka “ [HR. Abu Dawud]. Justeru mengapa masih ada golongan yang terus menyambut hari kekasih?  Tidakkah mereka sedar bahawa cinta yang sejati lagi hakiki, malah boleh dikatakan cinta yang agung ialah kepada Allah Subhanahu wa Taala?

Sejenak kita renungkan firman Allah: “Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah.  Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).” [TMQ Al-Baqarah (2):165]

Hari Valentine termasuk dalam perbuatan bidaah kerana beberapa faktor di bawah:
 
1. Menyerupai orang kafir
 Perbuatan atau kebiasaan yang berasal dari kebiasaan-kebiasaan orang kafir, yang didominasi oleh ideologi atau ajaran agama ataupun pemikiran mereka, tidak boleh diikuti dan ditiru-tiru oleh kaum Muslim.  Di samping itu, Rasulullah S.A.W secara tegas mengkategorikan kaum Muslim yang mengikuti perayaan dan kebiasaan orang-orang kafir, adalah sama seperti mereka dan tidak termasuk golongan Rasul (kaum Muslim) sebagaimana sabda Baginda: “Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari golongan mereka”   [HR Abu Daud dan Imam Ahmad dari Ibnu Umar].
 

2. Pergaulan bebas kunci kepada perzinaan
 Aktiviti merayakan Hari Valentine  sudah pasti berbau pergaulan bebas.  Padahal, jelas bahawa hukum asal kaum wanita dan laki-laki adalah terpisah kecuali ada dalil atau keperluan syar’i yang menuntut keduanya bertemu, misalnya berjual beli, bekerja, beribadah, menunaikan haji, solat, dan lain-lain lagi.  Mereka perlu memerhatikan syarat-syarat pergaulan atau akhlak wanita apabila berhubung dengan lelaki, seperti menutup aurat dengan mengenakan tudung dan jilbab, tidak tabarruj dan lain-lain lagi.  Rasulullah S.A.W bersabda:
 
"Demi Allah, sungguh jika kepala salah seorang daripada kalian ditusuk dengan jarum dari besi, maka itu lebih baik daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya".   [HR ath-Thabrani]
 
3. Kepercayaan kuno
 Hari Valentine juga dipercayai sebagai ritual yang dilakukan oleh para penyembah berhala Juno pada zaman Romawi Kuno.  Dalam Islam, perbuatan seperti itu dikategorikan sebagai syirik iaitu mempersekutukan Allah Subhanahu Wa Taala. 
 
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam mengingatkan umat Islam melalui sabda baginda:
 
“Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.  Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pun, kamu tetap mengikuti mereka.  Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang engkau maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?”   [HR Bukhari Muslim]
 

Dalam hadis ini Islam telah mengharamkan muslim untuk menyerupai kaum kafir pada hal-hal yang menjadi ciri khas kekafiran mereka.  Maka, berdasarkan dalil Al-Quran dan As-Sunnah di atas, haram hukumnya seorang muslim turut merayakan Hari Valentine dalam segala bentuk dan manifestasinya.  Haram bagi muslim mengucapkan Happy Valentine kepada sesiapa saja.  Haram pula baginya mengadakan pelbagai acara untuk merayakan Hari Valentine, seperti memberi bunga, mengirim kad, memberi coklat dan sebagainya.
 
4. Ajaran Kristian
 Bagi seorang muslim, menyambut Hari Valentine sama sahaja dengan mengikuti peribadatan orang Kristian.  Allah telah memerintahkan agar tidak dicampuradukkan ajaran agama Islam dengan ajaran agama manapun termasuk Kristian:
 
“Bagimu agamamu, bagiku agamaku”.   [TMQ al-Kafirun (109): 6]
 
Menurut Imam Nawawi, pada hadis tersebut juga didapati dalil, “Bahawa orang yang mengada-adakan sesuatu dalam agama (bidaah) yang tidak  sesuai dengan syara’, maka ia berdosa dan amalnya dikembalikan kepadanya dan mendapat amaran keras.” Jadi, hukum menyambut Hari Valentine adalah haram dan orang yang menyambut dan meraikannya adalah berdosa. 

 
Mencari cinta Allah
Sungguh Allah telah golongkan orang-orang yang mencintai Allah dalam golongan orang-orang yang beriman.  Justeru, cuba kita tanyakan beberapa persoalan kepada diri kita sendiri: sejauh manakah cinta kita sebagai hamba kepada Allah?  Jika kita mengatakan bahawa cinta kita kepada Yang Maha Esa ini mengatasi segalanya, apakah bukti cinta kita itu? Atau adakah kita sebenarnya lebih cinta kepada pasangan hidup kita, harta, anak-anak dan segala kemewahan dunia?  Untuk menilai cinta dan kasih kita kepada Allah, elok sekiranya kita perincikan satu persatu persoalan tadi sekaligus bertindak sebagai penunjuk aras di manakah sebenarnya diri kita. Layakkah kita mengaku kita telah kasih dan telah cinta kepada Allah?

Sejauh mana cinta hamba kepada Allah dan Rasul-Nya?
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, mereka sentiasa patuh dengan perintah Allah, mereka mengerjakan apa yang Allah wajibkan ke atas mereka dan mereka tinggalkan apa yang dilarang Allah.  Kepatuhan ini didorong oleh kesedaran yang tinggi akan amaran yang diberikan Allah supaya tidak meninggalkan ajaran Islam kerana jika mereka melakukannya, Allah Subhanahu wa Taala akan memusnahkan mereka seluruhnya dan menggantikan mereka dengan suatu kaum yang dicintai Allah dan Allah juga mencintai mereka.  Allah berfirman yang maksudnya ”Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa diantara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang Kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberiannya), lagi Maha Mengetahui” [TMQ Al-Maidah (5):54].

Rata-rata masyarakat hari ini mengatakan mereka cinta kepada Rasul, tetapi bagaimana?  Paling jelas, setiap tahun tatkala 12 Rabiul Awal menjelma mereka menunjukkan cinta kepada Rasul dengan menyambut Maulidurrasul.  Persoalannya cukupkah bukti cinta kita hanya dengan sambutan itu semata-mata?  Ironinya semasa hayat Rasulullah tidak pernah seorang pun dari para sahabat menyambut tarikh kelahiran Nabi.  Justeru di manakah relevannya sambutan itu jika tidak disertai dengan penghayatan kepada pahit getirnya perjuangan Rasulullah dalam menegakkan Deen Allah di muka bumi ini?. Dalam ayat lain Allah berfirman: “Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”[TMQ Ali-Imran:31]

Sesiapa yang mencintai Allah, maka hendaklah dia mengikut apa yang telah dicontohkan oleh Rasulullah.  Antaranya, yang paling relevan dengan kedudukan Islam yang sentiasa ditindas mutakhir ini ialah contoh bagaimana perjuangan Rasulullah dalam menegakkan Islam.  Pengorbanan yang Rasulullah lakukan di jalan Allah sehingga tertegaknya kalimah Allah di muka bumi, sehingga Islam menguasai satu pertiga dunia, sehingga Islam digeruni oleh semua musuh-musuhnya.  Semua itu menuntut satu pengorbanan yang besar.

Berkorban di jalan Allah
Allah  berfirman: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” [TMQ At-Taubah (9):111].

Persoalannya setakat manakah kesanggupan kita sebagai hamba untuk berkorban jiwa dan harta kita di jalan Allah?  Sanggupkah kita menegur pemimpin yang telah leka dibuai oleh arus sekularis-kapitalis yang hanya mementingkan diri dan kepentingan mereka?  Sanggupkah kita menyeru sekelian umat untuk kembali menghayati kehidupan Islam dengan menerapkan syariat Islam dalam kehidupan?  Sanggupkah kita membetulkan segala sistem yang telah rosak ini dan menggantikannya dengan sistem Islam?  Kesemua ini menuntut kita untuk melakukan sesuatu dan bukan hanya berdiam diri dan terus menunggu dengan mengatakan “..itu bukan tugas aku...”, “...itu tugas orang-orang yang berilmu...”.

Sebenarnya apa yang membuat kita tidak sanggup?  Apakah sebenarnya yang lebih kita cintai?  Allah berfirman: “dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.”[TMQ Al-Fajr: 20].
Renungkanlah firman Allah: “Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”[TMQ  Muhammad (47):7].

Cinta Allah vs Cinta Manusia.
Di dalam satu ayat, Allah berfirman: “Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.”[TMQ At-Taubah: 24].
Ramai antara kita yang lebih cinta kepada pasangannya jika dibandingkan dengan cinta kepada Allah.  Jika kita cinta kepada manusia, manusia akan mati, sebaliknya jika cinta kepada Allah, Allah tetap ada, cinta itu adalah cinta hakiki.  Dari Anas bin Malik radiallahu anhu., dia berkata: Saya mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Allah berfirman : “Wahai anak Adam (manusia), sesungguhnya selama kamu berdoa dan mengharap kepadaKu, Aku memberi ampunan kepadamu terhadap apa (dosa) yang ada padamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adam seandainya dosamu sampai ke langit kemudian kamu minta ampun kepadaKu maka Aku memberi ampunan kepadamu dan Aku tidak memperdulikannya. Wahai anak Adam, sesungguhnya apabila kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian kamu menjumpai Aku dengan tidak mensekutukan Aku dengan sesuatu niscaya Aku datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi” [Hadits ditakhrij oleh Tirmidzi].

Cinta sesama manusia bersifat rapuh dan sementara.  Misalnya dalam sebuah perkahwinan, walau dipupuk dengan penuh cinta dan kasih sayang, tidak mustahil cinta itu akan sirna.  Sisuami misalnya akan cinta kepada isteri selagi kulit masih gebu.  Bila sudah berkedut, maka dia akan mencari isteri muda.  Di sini si isteri akan melakukan apa saja untuk mendapatkan cinta yang kian padam itu tadi hingga sanggup melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.  Itulah hakikat cinta manusia.

Paling parah jika isteri tadi memberontak dengan si suami dan cuba mencari kepuasan di luar.  Fenomena ini semakin lazim dalam dunia metropolitan hari ini.  Kalau dulu berpantun, bunyinya santun...nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan....ibarat sekali air bah, pantai turut berubah. Kini, nasi lemak nasi kerabu, abang tak nak, saya pun tak mahu.... Akhirnya keluarga porak peranda, rumah tangga entah ke mana.

Bagi suami yang suka menjalin kasih sayang berangkai, satu isteri belum berpada.  Paling tidak, akan ditambah dua atau tiga.  Isteri yang menyedari cinta manusia bersifat rapuh, tidak akan mudah tertekan menghadapi keadaan tersebut kerana cintanya telah disalurkan kepada cinta hakiki, iaitu cintanya hanya kepada Allah dan semata-mata kerana Allah.  Manusia datang dan pergi tapi Allah tetap abadi.  Justeru soal poligami bukanlah satu perkara yang mematahkan semangat mereka untuk hidup.  Bagi si suami pula, jika mereka benar-benar memahami tugas dan tanggungjawab yang besar bakal menanti mereka, mereka tidak akan dengan mudahnya membuat keputusan untuk berkahwin lebih dari satu.

Khatimah
Kesimpulannya, cinta dan kasih manusia yang sebenarnya hendaklah kepada al-Khaliq, Tuhan yang Maha Berkuasa.  Dengan cinta dan kasih sayangnya kita wujud di dunia ini, demikian juga halnya dengan perasaan cinta dan kasih sayang, ianya dipinjamkan oleh Allah kepada kita untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNya.  Cinta dan kasih kepada makhluk hendaklah didasari rasa taqwa, bukan emosi dan nafsu semata.  Apa yang penting, seorang Muslim itu memahami bahawa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya tidak cukup sekadar mematuhi perintah dan meninggalkan larangan-Nya dalam urusan ibadah khusus semata-mata sebaliknya manifestasi kecintaan kepada Allah dan RasulNya itu ditunjukkan dengan usaha untuk mengembalikan kehidupan Islam (isti’naf fil al-hayati al-Islam)sehingga pada akhirnya, sebuah negara (Islam) tertegak dan seluruh hukum-hakam terlaksanakan secara kaffah.  Manifestasi cinta itu juga dizahirkan tidak hanya dengan membenci perayaan orang-orang Kafir, tetapi dia juga menunjukkan penentangan dan kebencian kepada ideologi dan pemikiran Kuffar-Barat termasuk sistem politik, pemerintahan dan cara hidup yang terbit dari undang-undang Barat dan undang-undang buatan manusia (man-made laws). Manifestasi kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya melalui perjuangan kearah penegakkan sebuah negara (daulah khilafah) ini memerlukan pengorbanan yang amat tinggi, maka perasaan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya yang amat mendalam, yang melebihi cinta kepada selain keduanya akan menjadi pemangkin kepada seorang Muslim itu untuk menzahirkan tujuan penciptaanNya dimuka bumi ini bukan hanya untuk beribadat kepada-Nya tetapi dia juga menunjukkan cintanya itu dengan kesanggupan dan kesediaan untuk diuji.

 ”Dia lah yang telah mentakdirkan mati dan hidup (kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun”  [TMQ Al-Mulk (67):2].

Wallahu’alam.

10 Februari 2013

Menyoroti Persoalan Sambutan Valentine's Day.


14  Febuari bakal menjelma lagi. Seperti biasa persoalan yang berkaitan dengan sambutan Valentine's Day atau turut dikenali  di Malaysia sebagai Hari Kekasih akan menjadi bahan bicara dalam pelbagai medium. Untuk itu suka juga Inspirasi Rabbani menumpang sekaki isu ini. Secara peribadi, turut menolak sebarang bentuk sambutan yang berkisar dengan Hari kekasih ini. Untuk awalnya mari kita merujuk semula fatwa yang telaah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa majlis kebangsaan berkenaan hal ini.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
 Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam. Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم     
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”                                                                                                                                    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Begitulah kenyataan yang dipetik dari portal rasmi e-Fatwa (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day).Sebagai bacaan lanjutan berkenaan hal yang sama, suka di sini dikongsikan satu artikel yang menjelaskan lagi status sambutan hari kekasih ini. Sila ikuti tajuk "Sekuntum Mawar Merah".

Tatkala Khilafah Berdiri Di Syria...


Setakat ini, sudah berbelas-belas brigade yang sedang menghadapi rejim Bashar di Syria telah bersumpah akan menegakkan Khilafah di bumi Syam itu. Bukan setakat itu, mereka juga menguatkan sumpah mereka bahawa mereka menolak apa sahaja bentuk negara selain Khilafah seperti negara demokrasi, republik, sivil, sekular dan seumpamanya dan mereka menolak campur tangan Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain negara kuffar serta menolak Coalition dan Council yang dilantik oleh AS. Kesemua brigade tersebut ditubuhkan atas dasar Islam dan tidak ada satu pun yang ditubuhkan atas dasar demokrasi. Mereka berjuang atas nama Islam (Allah dan Rasul) dan tidak ada satu pun yang berjuang atas nama demokrasi. Pihak yang menginginkan demokrasi di Syria adalah AS dan ejen yang dilantik AS dalam Coalition dan Council untuk menggantikan Bashar. Hal inilah sebenarnya yang telah menjadi ketakutan utama kepada AS, Rusia dan sekutu serta ejen mereka, yakni berdirinya Negara Khilafah dan bukannya negara demokrasi, di Syria. 

Bagi mereka yang yakin bahawa Khilafah akan berdiri, beberapa persoalan mungkin masih bermain di minda masing-masing iaitu sekiranya Khilafah berdiri di Syria nanti, dapatkan Khilafah bertahan dari serangan dan gempuran musuh yang saat ini sedang mengawasi dan mengelilingi Syria? Bagaimanakah pula dengan negeri-negeri yang berjiran dengan Syria, apakah para penguasa di negeri-negeri tersebut akan terus bergabung atau akan terus menentang Khilafah?Sekarang ini pun (tatkala Khilafah masih belum berdiri), kita telah pun melihat bagaimana pasukan koalisi yang dipimpin oleh AS, bersiap dengan kapal perangnya, begitu juga Rusia yang juga sudah menyiapkan kapal perangnya yangmasing-masing kini berada di perairan (laut lepas)Syria. Di samping itu, AS, NATO, Jerman dan Belanda telah pun menyiapkan peluru berpandu patriot masing-masing di perbatasan Turki dan Syria. Ditambah dengan pengkhianatan para penguasa dan juga ejen-ejen AS dan Britain di beberapa negara sekeliling Syria seperti Turki, Iran, Lebanon, Jordan, Qatar dan Arab Saudi, mungkinkah Khilafah yang baru berdiri di Syriananti boleh bertahan dan dapat memenangi “Perang Salib” yang bakal berlaku?

Meski pun apa yang tercatat di sini (dari sudut tindakan yang bakal diambil oleh Khalifah) adalah bersifat andaian, namun kita yakin bahawaapa yang akan dilakukan oleh Khalifah kaum Muslimin saat itu jauh lebih hebat daripada gambaran yang dapat diberikan. Apa yang tertulis disini hanyalah sekadar beberapa pembacaan terhadap situasi saat ini, terhadap karakter umat Islam di Syria dan terhadap sejarah mereka dan umat Islam di masa lalu yang boleh mempengaruhi perkembangan di Syria.

Situasi Saat Ini

Lambat tetapi pasti, para pejuang (mujahidin) di Syria, dari pelbagai brigade, telah berhasil menguasai sebahagian besar wilayah Syria, sehingga semakin hari kekuasaan Bashar semakin terkucil dan semakin terdesak sehingga membuatkan si penyembelih manusia itu tidak boleh tidur nyenyak. Setiap detik, dia dan keluarganya terpaksaberfikir dan mencari tempat yang selamat untuk melelapkan mata. Keadaan ini tentunya bukan hanya dialami oleh Bashar, tetapi juga oleh AS dan sekutunya, termasuk para penguasa boneka di Timur Tengah. Inilah yang membuatkan AS dan sekutunya bekerja keras siang dan malam untuk menghalang revolusi di Syria, agar gagal mewujudkan cita-cita kaum Muslimin untuk menegakkan Khilafah di sana. Jika usaha mereka (Barat) ini gagal, maka AS dan sekutunya sudah menyiapkan satu senario “Perang Salib” yang terdiri daripada pasukan-pasukan koalisi dan ejen-ejen mereka di rantau tersebut.

Ketika ini, kapal induk AS, USS Eisenhower dilaporkan telah merapat ke perairan Syria, di Laut Mediterranean. Kapal perang AS itu membawa lapan skuadron jet tempur pengebom dan 8,000 tentera. Sauh kapal induk USS Eisenhower itu ketika ini sudah pun ditancapkan di laut Syria, bergabung dengan kapal perang USS Iwo Jima yang membawa 2,500 pasukan dengan kelengkapan perang penuh. Pengiriman kapal induk AS iniadalah rentetan dari keputusan NATO pada hari Selasa (4/12/2012) untuk menyebarkan sistem peluru berpandu Patriot di sepanjang perbatasan Turki dengan Syria [Islam Times, 6/12/2012].Malah, jauh sebelum ini, pada Julai 2012, kapal perang Rusia sudah melakukan konvoi di perairan Syria [Kompas, 13/7/2012]. Rusia juga sebelum itu telah mengirimkan kapal induknya, Kuznetsov, ke Syria [Siberian Light, 29/11/2011]. Bahkan menurut Global Security, kapal selam kelas Sierra II berukuran panjang 110.5-112.7 meter dengan lebar 11.2-12.3 meter milik Rusia juga telah dikesan memasuki wilayah perairan Syria [CNN, 7/11/2012].

Apakah yang ditakuti oleh musuh-musuh Allah ini sehingga mereka telah mempersiapkan kesemua kelengkapan perang tersebut? Sekiranya mereka yakin bahawa mereka dapat menggantikan Bashar dengan ejen mereka yang lain untuk memerintah Syria, perlukah mereka mempersiapkan semua itu? Semuanya ini jelas-jelas menunjukkan ketakutan mereka yang luar biasa terhadap berdirinya sebuah negara baru dengan pemimpin yang baru di Syria di mana negara baru dan pemimpin yang baru itu tidak lagi akan berpihak kepada AS dan sekutunya. Apakah negara baru dan pemimpin baru itu? Tidak lain tidak bukan, ia adalah Negara Khilafah yang akan dipimpin oleh seorang Khalifah! Inilah negara dan pemimpin yang amat ditakuti oleh AS dan musuh-musuh Islam yang lain. Jika AS gagal (dan semoga Allah menggagalkan mereka) untuk menghalang berdirinya Khilafah di Syria, maka mereka sudah siap untuk menggempur Khilafah yang baru berdiri itu dari segenap penjuru. Inilah perancangan mereka.

Karakter Umat Islam

Kaum Muslimin di Syria tidak boleh dipisahkan dari induk kaum Muslimin di Syam secara keseluruhannya, kerana mereka adalah satu (Syam terdiri dari Syria, Palestin, Jordan dan Lebanon). Mereka disebut sebagai Syam ar-Rasul dan wilayahnya disebut sebagai SafwaBiladillah. Keteguhan mereka telah dinyatakan oleh Nabi SAW dalam hadis baginda, bahkan mereka telah dijamin dan dilindungi oleh Allah melalui lisan NabiNya. Nabi SAW bersabda, “Izafasada ahlu as-Syam la khairafikum”(“Jika penduduk Syam telah rosak, maka tidak ada lagi kebaikan di tengah-tengah kalian”) [HR Ahmad, at-Tirmidzi dan IbnHibban].

Wilayah ini dahulunya dibebaskan oleh Abu Ubaidah al-Jarrah dan Khalid bin al-Walid pada tahun 14H (637M) di masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khatthab. Ia pernah menjadi ibukota Khilafah pada tahun 40-132H (661-750M). Dari sinilah, Muhammad bin al-Qasim at-Tsaqafi membebaskan India; Qutaibah bin Muslim al-Bahili membebaskan Samarkand; Thariq bin Ziyad dan Musa bin Nushair membebaskan Sepanyol; Maslamah bin Abdul Malik mengepung Konstantinopel; yang kesemuanya berlaku di era Khilafah Umayyah.Ketika Perang Salib, wilayah ini berhasil dikuasai oleh tentera Salib, kemudian berjaya dibebaskan kembali oleh pasukan Nuruddinaz-Zinki dan Salahuddin al-Ayyubi yangseterusnya disatukan kembali ke dalam Daulah Khilafah. Di era Khilafah Utsmaniyyah, wilayah ini bergabung dengan Khilafah tahun 1516-1918M, hingga jatuh ke tangan Perancis tahun 1920M.Sejak itu hingga kini, wilayah Syam berada di bawah pemerintahan ejen Barat.

Keistimewaan penduduk Muslim Syria, sebagai sebahagian dari Ahlu Syam, yang dinyatakan dalam hadis Nabi di atas boleh dibuktikan dalam sejarah perjuangan rakyat Palestin, yang tidak pernah padam, sejak dimulainya pendudukan Israel tahun 1948 hinggalah saat ini. Kini, gambaran itu juga tampak pada perjuangan Mujahidin Syria, yang sudah hampir memasuki dua tahunkebangkitan mereka untuk menggulingkan rejim kufur Bashar al-Assad. Selain itu, darah para sahabat yang agung seperti Abu Ubaidah, Khalid bin al-Walid dan beberapa yang lain, termasuk darah panglima hebat, Shalahuddin al-Ayubi dan lain-lain, mengalir dalam diri kaum Muslimin Syria. Para pejuang diSyria dan Palestinsekarang ini adalah anak-cucu kepada Khalid bin al-Walid; anak-cucu kepada Abu Ubaidah al-Jarrah; anak-cucu kepada Salahuddin al-Ayyubi dan anak-cucu kepada para kesatria agung di masa lalu. Inilah sejarah agung mereka yang ditutupi oleh kejahatan rejim kufur yang memerintah mereka selama ini.

Oleh yang demikian, kaum Muslimin di Syria, sebagaimana di Palestin, Jordan dan Lebanon, mempunyai kekuatan dan potensi yang besardisebabkan janji daripada Rasulullah, disertai dengan darah para pahlawan hebat yang mengalir dalam tubuh-tubuh mereka. Potensi ini, ditambah dengan kekuatan iman dan ketakwaan dalam diri mereka, menjadi asas yang kukuh bagi Khilafah untuk berdiri di sana. Kerana itu, meski pun secara fizik dan material ketika ini, wilayah tersebut porak-peranda akibat perang, tetapi dengan potensi yang mereka miliki itu, kerosakan tersebut akan boleh dipulihkan dengan cepat Insya Allah dan dengan izin Allah, kerosakan itu tidak akan sekali-kali menghalangi wilayah itu untuk menjadi ibukota Khilafah, sebagaimana bisyarah (khabar gembira) yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW, “Uqru dar al-Islam bi as-Syam” (“Pusat negara Islam itu di Syam”)[HR at-Thabrani].

Strategi Khilafah Menghadapi Musuh

Dengan bisyarah dan potensi yang ada, tanpa menafikan yang Khilafah boleh sahaja tegak di tempat lain dengan izin Allah, sesungguhnya persyaratan dasar bagi tegaknya Khilafah di Syam sudah terpenuhi. Persoalannya kini, bagaimanakah Khilafah akan mempertahankan kekuasaannya dari serangan musuh-musuh yang kini sudah siap untuk melancarkan Perang Salib yang ke seterusnya di abad ini? Dari segi kedudukan geografi, AS, Rusia dan sekutunya telah meletakkan kapal induknya di perairan Syria yang berbatasan dengan Lebanon. Di sebelah Lebanon, ada Jordan dan di sebelahnya lagi ada Irak yang berbatasan dengan Turki.Dengan kedudukan seperti ini, kelihatan sulit untuk Khilafahmelawan kekuatan AS, Rusia dan sekutunya itu secara bersendirian, terlebih lagi dengan kedudukan para penguasa wilayah-wilayah di sekelilingnya yang merupakanejen AS dan British.

Sekiranya Khilafah tegak di Syria, maka Khalifah akan mengambil tindakan segera untuk menyatukan Jordan dan Lebanon terlebih dulu. Caranya adalah dengan memanfaatkan kekuatan dan pengaruh kaum Muslimin di kedua-dua wilayah tersebut. HizbutTahrir akan menggerakkan umat Islam berserta para tokoh dan aktivis (yang sebahagiannya sudah lama menginginkan Khilafah) dan menekan para penguasa di rantau tersebut untuk berbaiat kepada Khalifah dan seterusnya menggabungkan Jordan dan Lebanon ke dalam Khilafah serta merta. Insya Allah dengan pertolongan dariNya, dengan kekuatan yang ada pada HizbutTahrir dan dukungan yang besar daripada umat Islam kepada HizbutTahrir, maka kedua-dua wilayah tersebut akan bergabung dengan Khilafah dengan cepat.

Ketika Syria, Jordan dan Lebanon berhasil disatukan, maka ini tentu akan memberi impak yang besar kepada wilayah-wilayah yang berdekatan seperti Irak, Turki danMesir. HizbutTahrir yang bergerak di kesemua wilayah tersebut akan terus menggerakkan umat Islam dan menekankan kewajipan untuk bergabung ke dalam Daulah Khilafah. Tekanan yang tidak putus-putus akan diberikan kepada pemerintah agar berbaiahkepada Khalifah serta untuk menggabungkan wilayah yang berkenaan ke dalam Daulah Khilafah. Ketika ini, perhatian seluruh dunia sedang memusat kepada apa yang sedang berlaku yakni kepada Negara Khilafah yang baru wujud. Di saat yang sama juga, seluruh dunia sedang menyaksikan yang umat Islam sudah bergerak secara besar-besaran untuk bergabung dengan Khilafah. Seluruh dunia, khususnya dunia Islam, sedang menyaksikan saudara-saudara mereka bangkit dan bergerak untuk bersatu di bawah kesatuan yang hak, yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya, yakni bergerak untuk bersatu di bawah satu pemerintahan dan satu bendera yakni bendera La ilahaillallah Muhammad Rasulullah.

Dalam keadaan ini,kaum Muslimin di negara-negara Arab yang lain pasti tidak akan duduk diam dengan tsunami politik yang melanda dunia ini, apatah lagi tatkala menyaksikan Amerika, British, Perancis, Rusia dan lain-lain sedang “menggempur” Khilafah. Mereka akan pasti bangkit dan bergerak. Malah wilayah yang agak jauh dari Syam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia juga akan pasti terkesan. Apatah lagi ketika itu, Khalifah sendiri akan menyerukan kepada seluruh pemimpin Islam dan kepada kaum Muslimin di seluruh dunia untuk segera bergabung dengan Khilafah, dengan memberikan bai’at taat kepadanya. Khalifah akan menghantar delegasi-delegasi ke setiap negara kaum Muslimin untuk menerangkan kewajipan dari Allah dan RasulNya bahawa negara kaum Muslimin adalah satu, dan haram lagi berdosa untuk umat Islam berpecah belah kepada negara-negara yang berbezaatas dasar assabiyyah dan wathaniyyah. Laporan berita dunia ketika itu akan menyiarkan apa yang dilakukan oleh umat Islam dan apa yang dilakukan oleh Khalifah dalam usaha beliau menyatukan umat Islam dan ia akan menjadi berita besar dunia yang tidak mampu untuk tidak dilihat atau didengar oleh sesiapa pun.

Oleh sebab umat ini adalah umat yang satu dan kehendak akan penyatuan telah sedia ada dalam tubuh umat, maka langsung tidak mustahil yang umat ini akan terus menyahut seruan penyatuan daripada Khalifah. Apatah lagi dengan kebencian umat Islam kepada pemimpin mereka yang zalim lagi korup sekarang ini, pemimpin yang sudah tidak lagi dikehendaki oleh umat, semua ini akan memudahkan lagi proses penyingkiran pemimpin ini dan penyatuan negara-negara kaum Muslimin ke dalam Negara Khilafah, Insya Allah. Inilah ketakutan AS, Rusia dan sekutu-sekutu mereka di Syria, kerana tanda tegaknya Khilafah di bumi Syam itu sudah semakin kelihatan. Kerana itulah mereka sedang mempersiapkan segala kekuatan bagi menghadapi negara baru (Khilafah) ini yang bakal memberikan tentangan dan goncangan yang besar kepada mereka. Mereka cuba bersedia dari awal dengan harapan mereka dapat membendung kemunculan Khilafah dan jika mereka gagal, mereka terpaksa bersedia berhadapan dengan Khilafah. Buat masa sekarang, mereka masih berusaha mewujudkan ejen mereka, yang ditolak oleh para pejuang Islam di Syria. Justeru, mereka sedang melakukan persiapan bagi menghadapi Khilafah yang bakal muncul pada bila-bila masa sahaja sekarang.

Dalam keadaan sekarang, sebaik sahaja Khilafah berdiri di Syria, maka AS dan sekutunya akan melancarkan Perang Salib ke atas Khilafah. Mereka tidak boleh menunggu lebih lama kerana lebih lama mereka menunggu, Khilafah akan menjadi semakin kuat, apatah lagi apabila negara-negara kaum Muslimin yang lain bergabung dengan Khilafah. Justeru, tatkala berdirinya Khilafah, mereka akan terus menggempur Khilafah yang masih dalam keadaan lemah. Jika ini berlaku, hal ini merupakan pengulangan kepada peristiwa Perang Ahzab, di mana pasukan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Nabi SAW saat itu dikepung oleh pasukan ahzab (koalisi) yang terdiri dari kafir Quraisy, Yahudi dan munafik. Persis sama seperti saat ini. AS, Rusia dan sekutunya seperti kafir Quraisy saat itu, sementara Yahudi (Israel) akan bersama mereka dan kaum Munafik yang tampak penonjolannya daripada para penguasa Muslim yang khianat saat ini, akan mengepung Khilafah dari pelbagai penjuru, sebagaimana Rasulullah dahulu dikepung.

Namun, satu perkara yang musuh-musuh Allah ini lupa ialah, walau sebesar dan sekuat mana sekali pun pasukan ahzab dahulu, ia telah dibinasakan oleh Allah dengan kebinasaan yang dahsyat, lalu Allah memberikan kemenangan kepada kaum Muslimin. Justeru, walau sebesar dan sekuat mana sekalipun musuh-musuh Allah seperti AS, Rusia dan sekutu serta ejen-ejen mereka dari kalangan penguasa Muslim yang khianat, dengan izin dan pertolongan AllahAzza Wa Jalla, sekali lagi koalisi mereka ini akan pasti dikalahkan oleh jaisy(tentera) Muhammad SAW,tentera Khilafah Rasyidah ‘ala Minhaj Nubuwwah yang kedua.Inilah janji Allah SWT, bahawa Dia akan memberikan kemenangan kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, di dunia dan di akhirat. Justeru, wahai kaum Muslimin! Bersedialah kalian untuk menggabungkan diri dan negara kalian dengan Daulah Khilafah yang akan berdiri tidak lama lagi Insya Allah. 

08 Februari 2013

Hukum Menyambut Perayaan Tahun Baru Cina

Terdapat sebahagian daripada masyarakat Muslim yang mengatakan bahawa menyambut Tahun Baru Cina itu hanyalah suatu adat tradisi semata-mata dan ia tidak termasuk sebahagian daripada mana-mana ajaran agama tertentu. Dengan hujah tersebut, umat Islam khususnya yang beretnik Tionghua dianggap boleh untuk meraikan Tahun Baru Cina. Persoalannya, benarkah Tahun Baru Cina hanya merupakan adat tradisi semata-mat dan adakah umat Islam dibolehkan untuk meraikannya? Penulisan ini bertujuan  untuk merungkai persoalan ini agar kita mendapat gambaran yang jelas tentang latar belakang sambutan Tahun Baru Cina serta pandangan hukum syarak ke atas perkara tersebut.

Ajaran Agama Konfusianisme, Bukan Sekadar Adat Tradisi Tionghua

Kita sering mendengar daripada kalangan kaum Tionghua termasuk tokoh-tokoh yang telah memeluk Islam bahawa sambutan Tahun Baru Cina ini adalah sekadar adat tradisi semata-mata dan ia tidak  mempunyai kaitan dengan ajaran sesuatu agama.

Oleh itu, umat Islam dianggap boleh untuk turut serta dalam merayakannya. Jika kita benar-benar mendalami ajaran agama Konfusianisme, khususnya tentang sambutan perayaan-perayaan mereka, maka akan terbukti bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar. Ini adalah kerana sambutan Tahun Baru Cina adalah merupakan sebahagian daripada ajaran agama Konfusianisme yang tidak dapat dipisahkan dan ia bukannya adat tradisi semata-mata.

Dalam sebuah buku karangan penganut Konfusianisme, Dr. Hendrik Agus Winarso yang berjudul 'Mengenal Hari Raya Konfusian' (Semarang : Effhar & Dahara Prize, 2003) hal. vi-vii, ia menyatakan bahawa kebanyakan masyarakat kurang memahami Hari Raya Konfusianisme. Beliau memberi contoh, "Misalnya Tahun Baru Cina yang dianggap sebagai tradisi orang Tionghua." Oleh yang demikian, pandangan yang mengatakan bahawa sambutan Tahun Baru Cina adalah sekadar adat tradisi dan tidak ada hubung kait dengan agama adalah suatu kesalahfahaman, menurut penulis berkenaan (Ibid., hal. v).
Dalam buku tersebut, Dr. Hendrik telah membuktikan dengan meyakinkan bahawa sambutan Tahun Baru Cina adalah sebahagian daripada ajaran Konfusianisme. Dr. Hendrik menerangkan, Tahun Baru Cina atau dikenali juga sebagai Sin Cia, merupakan suatu momentum untuk memperbaharui diri. Momentum ini dinyatakan dalam salah sebuah kitab suci Konfusianisme iaitu kitab Lee Ki, bahagian Gwat Ling, yang berbunyi :

"Hari permulaan tahun (Liep Chun) jadikanlah sebagai Hari Agung untuk bersembahyang besar ke hadrat Thian, kerana Maha Besar Kebajikan Thian. Dilihat tiada nampak, didengar tiada dengar, namun tiap yang wujud tiada yang tanpa Dia… (Tiong Yong XV : 1-5).
(Lihat Hendrik Agus Winarso, Mengenal Hari Raya Konfusian, [Semarang : Effhar & Dahara Prize, 2003], hal. 60-61).

Penulis tersebut telah membuat membuat kesimpulan bahawa sambutan Tahun Baru Cina adalah merupakan sebahagian daripada ajaran Konfusianisme. Beliau mengatakan bahawa:

"Dengan demikian, menyambut Tahun Baru bagi umat Konfusianisme Indonesia mempunyai erti ketakwaan dan keimanan." (ibid., hal. 61).

Maka oleh itu adalah tidak benar pendapat-pendapat yang menyatakan bahawa sambutan Tahun Baru Cina adalah hanya sekadar adat tradisi orang Tionghua semata-mata dan ia bukan perayaan agama. Sedangkan hakikatnya, ia adalah sebahagian daripada ajaran agama Konfusianisme.

Selain itu, sebagai seorang Muslim, kayu ukur untuk melihat sama ada boleh atau pun tidak untuk melakukan sesuatu perkara bukanlah dilihat dari segi agama atau tradisi. Sebahagian umat beranggapan, jika ia berasal daripada adat tradisi, adalah tidak mengapa dan boleh untuk diamalkan. Tetapi jika ia berasal daripada agama lain, maka ia tidak boleh. Sesungguhnya kayu ukur sebegini adalah batil dan tidak boleh diguna pakai dalam Islam. Dalam Islam, satu-satunya kayu ukur yang benar adalah Al-Quran dan As-Sunnah semata-mata. Firman Allah SWT:

 "Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain daripadaNya." [TMQ Al-A'raaf (7) : 3]

Kalimat "maa unzila ilaikum min rabbikum" (apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu), adalah merujuk kepada Al-Qur`an dan As-Sunnah. (Tafsir Al-Baidhawi, [Beirut : Dar Shaadir], Juz III/2). Maka, kayu ukur sesuatu perbuatan sama ada boleh ataupun tidak boleh untuk dilakukan adalah Al-Qur`an dan As-Sunnah. Apa sahaja yang benar menurut Al-Quran dan As-Sunnah, bererti ia boleh dilakukan. Sebaliknya, apa sahaja yang batil menurut Al-Quran dan As-Sunnah, bererti ia tidak boleh untuk dilakukan.

Oleh yang demikian, jika kita hendak menilai perbuatan kaum Muslimin yang turut serta dalam merayakan Tahun Baru Cina menurut Islam, maka tolok ukurnya haruslah benar. Kita perlu melihat adakah perbuatan tersebut boleh atau pun tidak menurut Al-Quran dan As-Sunnah, dan bukannya melihat sama ada aadakah ia daripada tradisi ataupun daripada ajaran agama. Jika kita menggunakan kayu ukur tradisi atau agama dalam membuat penilaian, maka kita akan tersesat. Bukan semua tradisi  adalah benar. Ada yang bertentangan dengan Islam dan ada bersesuaian dengan Islam.

Haram Bagi Muslim Turut Serta Meraikan Tahun Baru Cina

Jika dikaji berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah, maka adalah haram hukumnya bagi seseorang Muslim untuk turut serta dalam merayakan hari raya agama lain, termasuklah Tahun Baru Cina, tidak kira sama ada dengan mengikuti ritual agamanya ataupun tidak, termasuk juga memberi ucapan Gong Xi Fatt Chai. Kesemuanya adalah haram.

Imam Suyuthi berkata, "Juga termasuk perbuatan mungkar, iaitu turut serta merayakan hari raya orang Yahudi, hari raya orang-orang kafir, hari raya selain orang Arab [yang tidak Islami], ataupun hari raya orang-orang Arab yang tersesat. Orang Muslim tidak boleh melakukan perbuatan tersebut kerana perkara itu akan membawa mereka ke jurang kemungkaran…" (Imam Suyuthi, Al-Amru bi Al-Ittiba' wa An-Nahyu 'An Al-Ibtida` (terj.), hal. 91).

Khusus tentang memberi ucapan "selamat" terhadap sambutan agama lain, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah berkata, "Adapun memberi ucapan selamat yang berkaitan syiar-syiar kekufuran yang menjadi ciri khas kaum kafir, hukumnya adalah haram menurut kesepakatan ulama', misalnya memberi ucapan selamat atas hari raya atau puasa mereka..." (Ahkam Ahli Adz-Dzimmah, [Beirut : Darul Kutub Al-'Ilmiyah], 1995, Juz I/162).

Dalil Al-Quran yang mengharamkan perbuatan kaum Muslimin untuk merayakan hari raya agama kafir adalah melalui firman Allah SWT :

"Dan (hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu adalah) orang-orang yang tidak menghadiri kebohongan…" [TMQ Al-Furqan (25) : 72].

Menurut Imam Ibnu Taimiyah, makna yang tepat bagi kalimat "laa yashhaduuna az-zuur" dalam ayat tersebut adalah tidak menghadiri kebohongan (az-zuur), dan bukannya memberi kesaksian palsu. Dalam bahasa Arab, memberi kesaksian palsu diungkapkan dengan kalimat yashhaduuna bi az-zuur, yakni terdapat tambahan huruf jar yang dibaca bi. Maka ayat di atas yang berbunyi "laa yashhaduuna az-zuur" yang lebih tepat adalah bermaksud "tidak menghadiri kebohongan", dan bukannya    "memberi kesaksian palsu." (M. Bin Ali Adh-Dhabi'i, Mukhtarat min Kitab Iqtidha` Shirathal Mustaqim Mukhalafati Ash-habil Jahim (terj.), hal. 59-60)

Manakala kata "az-zuur" (kebohongan) itu sendiri, menurut sebahagian tabi'in seperti Mujahid, adh-Dhahak, Rabi' bin Anas dan Ikrimah adalah hari-hari kebesaran kaum Musyrik atau kaum jahiliyah sebelum Islam (Imam Suyuthi, Al-Amru bi Al-Ittiba' wa An-Nahyu 'An Al-Ibtida` (terj.), hal. 91-95).

Maka ayat di atas adalah dalil kepada haramnya bagi seseorang Muslim untuk merayakan hari raya agama lain seperti hari Natal, Wesak, Deepavali, Tahun Baru Cina dan sebagainya.

Imam Suyuthi juga berdalil dengan dua ayat lain sebagai dasar pengharaman bagi Muslim untuk turut serta merayakan hari raya agama lain (Lihat Imam Suyuthi, ibid., hal. 92). Salah satu daripadanya adalah ayat :

"Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datangnya ilmu (kebenaran) kepadamu, sesungguhnya jika demikian kamu termasuk golongan orang-orang yang zalim." [TMQ Al-Baqarah (2) : 145].

Menurut Imam Suyuthi, larangan pada ayat di atas bukan hanya khusus kepada Nabi SAW, tetapi juga merangkumi umat Islam secara umum. Larangan tersebut adalah larangan untuk melakukan perbuatan sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang bodoh atau orang kafir (seperti merayakan hari raya mereka). Walhal yang mereka lakukan itu bukanlah perbuatan yang diredhai oleh Allah dan RasulNya (Lihat Imam Suyuthi, ibid., hal. 92).

Adapun dalil daripada As-Sunnah, hadis daripada Rasulullah SAW, "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dalam golongan mereka." (HR Abu Dawud).

Dalam hadis ini, Islam telah mengharamkan kaum Muslimin untuk menyerupakan atau menyamakan diri mereka dengan kaum kafir dalam perkara-perkara yang menjadi ciri khas bagi kekafiran mereka, seperti perayaan hari raya mereka. Oleh itu, adalah haram hukumnya seseorang Muslim untuk turut serta merayakan hari raya agama lain (Lihat Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Penjelasan Tuntas Hukum Seputar Perayaan, [Solo : Pustaka Al-Ummat], 2006, hal. 76).

Berdasarkan kajian fakta dan dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah yang telah dinyatakan di atas, adalah jelas bahawa haram hukumnya bagi seseorang Muslim untuk merayakan Tahun Baru Cina dalam segala bentuk dan juga manifestasinya. Haram bagi kaum Muslimin untuk terikut-ikut dalam mengucapkan Gong Xi Fatt Chai kepada kaum Tionghua, begitu juga haram bagi Muslim untuk menghiasi rumah atau biliknya dengan tanglung khas Cina atau hiasan naga dan pelbagai aksesori lain yang serba merah, kerana itu semua mempunyai kepercayaan tertentu dalam agama tersebut. Haram juga untuk mengadakan pelbagai jenis pertunjukan untuk meraikan Tahun Baru Cina seperti live band, karaoke mandarin dan lain-lain. Semua bentuk perbuatan tersebut haram dilakukan oleh Muslim kerana ia termasuk dalam perbuatan merayakan hari raya agama kafir yang telah diharamkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Seruan Kepada Muslim Etnik Tionghua

Akhir sekali, kami ingin menyeru saudara-saudara kami dari kalangan etnik Tionghua, hendaklah  kalian masuk ke dalam agama Islam secara keseluruhannya (kaffah). Janganlah kalian (semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kalian semua) mengikuti jejak langkah syaitan, yakni masuk ke dalam agama Islam namun pada masa yang sama masih lagi mempertahankan sebahagian daripada ajaran lama yang dahulunya pernah kalian anuti dan amalkan, seperti perayaan Tahun Baru Cina. Renungilah firman Allah SWT :

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara kaffah (keseluruhannya), dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu." [TMQ Al-Baqarah (2) : 208]

Wallahua'lam bissawab.

04 Februari 2013

Jom Teladani Sifat Pengasihnya Rasulullah

1) Menggembirakan hati manusia. Dalam satu peristiwa, Rasulullah bertemu seorang kanak-kanak bernama Abu Umair yang bersedih kerana kematian seekor burung peliharannya, lalu baginda menggembirakan Abu Umar. Bersenda dengan gurauan benar. Para sahabat dalam satu hadis riwayat Tirmidzi mengatakan bahawa Rasulullah selalu bergurau dengan mereka. Tetapi gurauan itu bukan mainan melainkan benar sahaja.

2) Rasulullah seorang yang romantik. Nabi Muhammad sering berpegang tangan dengan isterinya, antaranya dengan Aisyah ketika dirumah. Sabda baginda, apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan dengan menyelitkan jari jemari mereka, maka dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka.

3) Mesra dengan kanak-kanak. Rasulullah pernah sujud begitu panjang dalamsolat disebabkan cucu baginda Hasan dan Husin menaiki tengkuk baginda ketika sujud. Sahabat hairan lalu bertanya lalu baginda menjawab, sesungguhnya cucu aku telah menjadikan aku tunggangannya. Aku tidak suka mengganngu sehingga mereka selesai.

4) Sayang isteri. Setiap kali pulang ke rumah, apabila melihat tiada makanan untuk dijamah sambil tersenyum baginda kemudian melipat lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina Aisyah menceritakan : " Kalau Nabi berada dirumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang. "

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu . Tetapi dilihatnya tiada apa-apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana sayidatina Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya," Belum ada sarapan ya khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk sayidatina Aisyah yang bererti 'wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, " Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, " Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal diwajahnya.

Pernah baginda bersabda , " Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."