Hangat.. kelompok pro dan kontra terus memainkan isu ini. Lebih parah lagi bilamana kehangatan ini ditambah lagi dengan siri 'serangan' ke atas Gereja oleh pihak yang masih tidak dikenal pasti.
Sayang seribu sayang bila mana fokus arah perjuangan bukan berfokuskan kepada persoalan yang paling utama. Pelbagai pihak terus mengemukakan pandangan masing-masing baik yang bersandarkan hujjah emosi, politik dan hujjah akal untuk menyokong atau membantah penggunaan kalimah Allah ini.
Bagi wartawan sendiri, seperti mana yang turut diungkapkan oleh sebahagian gerakan Islam dan individu, apa yang penting diperjuangkan bukian sahaja penggunaan kalimah Allah ini bahkan yang lebih utama adalah memperjuangkan apa yang Allah perintahkan untuk kita sebagai hambaNya utuk diaplikasikan di dalam kehidupan.
Penggunaan kalimah Allah ini bukanlah satu isu yang cukup besar seandainya sistem kawalan dan peraturan kehidupan berdasarkan syariat Islam. Seperti mana yang diungkapkan oleh sesetengah individu, tidak salah untuk mengungkapkan atau menggunakan penggunaan kalimah ini seandainya kena pada konteks penggunaanya dan ianya tidak dimanipulasikan untuk tujuan menyesatkan atau mengelirukan lagi umat Islam yang mana saat ini pegangan aqidahnya yang semakin terhakis.
Jadi kesimpulan awal yang boleh wartawan berikan, untuk menyelesaikan isu ini juga sebenarnya kita memerlukan suatu sistem yang mampu mengawal umat berdasarkan sistem dan peraturan Ilahi dan bukannya disandarkan kebenaran atau kebatilan itu bersandarkan keputusan mahkamah buatan manusia.
Semoga Allah memelihara kita semua dengan mengembalikan kehidupan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan