[SN376] Sambutan maulid ar-Rasul sudah menjadi rutin bagi umat Islam saat ini. Setiap tahun, ia disambut dengan pelbagai gaya dan cara dan pastinya ‘tidak sah’ sambutan jika tidak disertai dengan acara perarakan. Selain itu, ia juga dipenuhi dengan program-program lain seperti bacaan syair, qasidah, nasyid dan seumpamanya, sehingga tidak keterlaluan jika dikatakan ia sudah menjadi semacam temasya tahunan. Malah, dari masa ke semasa, majlis sambutan itu senantiasa diwarnai dengan pelbagai kreativiti agar lebih menarik.