Kerajaan Peralihan GhassanHitto: Salah Satu Rangkaian Konspirasi Amerika Terhadap Revolusi Di Syria Untuk Mempertahankan Pemerintahan Agar Tetap Berada Di Tangannya Dan Merupakan Projek Fitnah Untuk Menghentam Para Revolusioner Islami Di Dalam Negeri Dan Menjadi Perahu Penyelamat Untuk Bashar Si Penyembelih
Di tengah-tengah perbezaan pendapat yang terjadi antara para anggota SyrianNational Coalition (SNC) sehingga menyebabkan sebahagian mereka berjalan keluar dari mesyuarat sebelum berlakunya pemilihan suara, sebagai tanda protes atas apa yang mereka sifatkan sebagai usaha terburu-buru yang didukung dari luar negeri untuk memilih Hitto. Ahli-ahli SNC yang berkumpul pada 18 dan 19 Mac 2013 di Retaj Royale Hotel, Istanbul telah memilih seorang warga Amerika berdarah Syria, GhassanHitto, untuk memimpin pemerintahan peralihan. Diumumkan bahawa dia akan mentadbir "daerah-daerah yang dibebaskan" dari dalam. Dia akan mengisi kekosongan pemerintahan di daerah-daerah tersebut kerana "kelompok bersenjata dan tokoh-tokoh masyarakat, tokoh-tokoh agama atau tentera tidak boleh mentadbirnya." Hitto mendapat sambutan hangat dari Amerika sebagaimana diungkapkan oleh jurucakap luar negeri AS, Victoria Nuland, kepada para wartawan, "pegawai-pegawai Amerika mengenali dan menghormati GhassanHitto." Victoria menambahkan pujiannya, "dia adalah seorang individu yang, kerana keperihatinannya terhadap nasib rakyat Syria, sanggup meninggalkan kehidupannya yang sangat baik di Texas dan pergi untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada orang-orang di negerinya." New York Times menggambarkan yang "Hitto adalah warga Amerika yang terpilih sebagai perdana menteri kerajaan peralihan untuk Revolusi Syria".
Ini membawa kita kepada apa yang dinyatakan oleh Menteri Luar AS, John Kerry, hanya seminggu sebelum itu pada 13/3/2013, "kami ingin melihat Assad dan pembangkang Syria bertemu di meja rundingan untuk mencipta kerajaan peralihan berdasarkan kerangka kerja yang ditetapkan di Geneva". Kerry seterusnya mengatakan, "Pembangkang Syria juga harus bekerjasama untuk hadir ke meja rundingan dan kami sedang berusaha ke arah itu dan kami akan terus melakukannya." Dengan semua ini, jelaslah bahawa Hitto ini adalah pilihan Amerika untuk menjalankan agenda Amerika di Syria. Boleh dianggap bahawa dari satu sisi, bagi Amerika, pilihan ini merupakan langkah persiapan untuk rundingan dengan sang penyembelih abad ini, Bashar al-Assad. Di sisi lain, ini merupakan projek untuk menarik (merampas) revolusi dan menggugurkan orientasi Islaminya di mana ketakutan Barat terhadapnya semakin bertambah hari demi hari. Barat menjadikan hentaman dan penghancuran terhadap orientasi Islami revolusi Syria sebagai keutamaan paling tinggi dan menjadi syarat mendasar untuk memberi bantuan kepada para parasit revolusi di antara anggota-anggota SNC.
Bagi menjayakan projek ini, Hitto akan bekerjasama dengan siapa jua yang bersetuju dengan perancangan Barat, memasarkannya melalui media massa dan akan bekerja untuk menghentam para revolusioner yang memiliki orientasi Islami dengan dalih ekstremisme dan terrorisme. Kerana itu, pemerintahan peralihan ini hanya akan mengusung projek fitnah di dalam negeri dan pemerintahan ini merupakan satu rangkaian konspirasi internasional terhadap revolusi yang penuh keberkatan di bumi Syria, sekali gus menjadi perahu penyelamat untuk Bashar dan kelompok jahatnya dari lingkaran yang kini sedang menekan mereka. Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa pemilihan Hitto akan diiringi dengan penggunaan senjata kimia oleh si penyembelih terhadap orang-orang yang tak berdosa dalam rangka untuk menutup penolakan terhadap Hitto yang dijangka akan muncul, sebagai jalan untuk menyibukkan masyarakat dengannya (bertujuan untuk mengalihkan isu). Selain menekan masyarakat dengan kejahatan-kejahatan, ia juga akan memaksa masyarakat, secara tersirat, untuk menerima pemilihan ini. Tidak mustahil sekiranya Barat akan menggunakan isu penggunaan senjata kimia sebagai justifikasi campur tangan antarabangsa bagi mendukung pemerintahan peralihan yang ditawarkan, sebagai usaha untuk menghadapi pergerakan Islam yang benar di Syria.
Wahai kaum Muslimin yang beriman lagi bersabar di Syria-Syam! Begitulah dengan biadab dan hinanya, SNC di bawah pimpinan Ahmad Muadz al-Khatib mengkhianati darah para syuhada', mengkhianati orang-orang yang masih hidup dan yang sudah terkorban dan lebih dari segala-galanya, mengkhianati Allah, RasulNya, agamaNya dan orang-orang yang beriman. Sudah banyak pengkhianatan yang dilakukan oleh SNC ini dan pemimpinnya meskipun usia penubuhannya masih baru. Pemimpinnya dikatakan dipilih atas dasar populariti yang menyebabkan kita tertanya-tanya, apakah sandaran populariti yang mereka gunakan kerana pemilihan para pemimpin SNC ini bukanlah datang dari masyarakat Syria! Mereka juga tidak membawa pemikiran dan aspirasi masyarakat! Sebaliknya, mereka ini dicetak di koridor perisikan dan di belakang pentas-pentas kedutaan. Sebahagian besar dari mereka tidak dikenali - seperti GhassanHitto ini. Disebutkan bahawa dia merupakan pengarah eksekutif sebuah firma teknologi komunikasi Amerika - 'Inovar'- di Texas selama 11 tahun, tetapi telah meninggalkan jawatannya pada bulan November yang lalu dan datang "untuk bergabung ke dalam revolusi Syria", seperti yang dia nyatakan sendiri.
Tambahan lagi, sebahagian besar dari mereka berfikiran sekular. Hitto menyebutkan bahawa dia turut serta dalam mendirikan "Syrian Independent Coalition" di AS dan menjadi timbalan ketua sejak 2011. Tujuan gabungan ini adalah untuk "mendukung harapan rakyat Syria dalam merealisasi kebebasan, keadilan, kebebasan sivil dan penghormatan terhadap undang-undang." Meskipun dia dikatakan sebagai seorang yang Islami, seperti Ahmad Muadz al-Khatib atau dikatakan bahawa ada organisasi yang Islami di belakang orang yang dipilih ini, sesungguhnya "Islami"nya mereka ini adalah "Islami" menurut gaya Barat (western-style). Mereka hidup di bawah sistem Barat yang kufur dan mempertahankannya dan keberadaan mereka hanyalah akan mengubah 'individu' yang memerintah tetapi bukannya sistem pemerintahan. 'Islami' inilah yang kita telah dan sedang saksikan di Mesir dan Tunisia, di mana keIslaman mereka ini lebih 'diambil kira' berbanding yang lain.
Wahai para revolusioner di bumi Syam pusat Darul Islam! Sesungguhnya pembentukan National Council sebelumnya, lalu diikuti dengan SNC dan kemudian pemerintahan peralihan sekarang ini, kesemuanya terjadi jauh dari kalian. Barat berusaha "memaksakan" hal-hal tersebut ke atas kalian melalui cara yang keji, dipintal sedemikian rupa untuk memperdaya kalian, sebagai "penyelesaian" yang sebenarnya tiada perbezaan pun dengan rejim Bashar kecuali sedikit sahaja. Sesungguhnya mereka itu langsung tidak mewakili kalian, sebaliknya hanya mewakili orang yang "melahirkan" mereka. Justeru, kalian wajib menolak mereka secara total. Mereka mengusung panji Sykes-Picot dan menolak untuk mengusung panji Rasulullah SAW. Mereka ingin menegakkan negara sivil sekular dan menolak untuk menegakkan Daulah al-Khilafah al-Islamiyah yang diperintahkan oleh syarak. Mereka mengemis kepada negara-negara kafir Barat walhal Islam mengharamkan hal itu dan mewajibkan kaum Muslimin seluruhnya menjadi satu tangan melawan musuh mereka.
Apa yang sangat menghairankan ialah adanya kaum Muslimin di Syria yang menerima kewujudan para parasit itu di tengah-tengah mereka, malah mendengar kata-kata mereka. Kaum Muslimin harus sedar bahawa menerima untuk berinteraksi dengan mereka adalah bermaksud mengukuhkan kedudukan Amerika di Syria, membantu Amerika menghancurkan revolusi kaum Muslimin dan memungkinkan Amerika menabur fitnah di dalam negeri Syria…Kaum Muslimin seharusnya mengetahui bahawa Allah SWT yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui akan menghisab setiap amal sekecil mana sekali pun dan balasannya adalah sama ada syurga atau neraka…Jika kalian menghendaki jalan keluar, maka sesungguhnya tidak ada jalan keluar bagi kalian kecuali dengan penegakan Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah yang akan mampu menghadapi konspirasi internasional terhadap kalian; jika kalian menghendaki kemenangan, maka sesungguhnya tidak ada kemenangan untuk kalian kecuali melalui Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah; jika kalian menginginkan kemuliaan, maka sesungguhnya tidak ada kemuliaan kecuali dengan Islam dan melalui Islam.
Begitulah generasi awal kalian, Rasulullah SAW dan para sahabat baginda yang mulia ridhwanullah 'alaihim. Maka teladanilah baginda seperti yang dituntut oleh Allah SWT melalui firmaNya,
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah [TMQ al-Ahzab (33):21].
Dan Firman Allah SWT,
"Sesungguhnya telah ada suri teladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengannya; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah sahaja [TMQ al-Mumtahanah (60):4].
Ini adalah seruan Rasul kalian dan seruan datuknya, Saidina Ibrahim dan orang-orang yang bersama mereka, maka apakah kita benar-benar bersama mereka?
HizbutTahrir Wilayah Syria
8 Jamadil Awal 1434H / 20 Mac 2013M
Tiada ulasan:
Catat Ulasan