Buku Bertajuk Civil Democratic
Islam: Partners, Resources, Strategies ini adalah kajian CIA yang dikeluarkan
melalui agensi dibawahnya National Security Research Division (RAND).
Sememangnyaa RAND telah sekian
lama menjalankan kajian terhadap umat Islam dan merupakan think tank bagi
tindakan strategic US terutama bagi menghadapi kebangkitan Islam. Buku Civil
Democratic Islam (CDI) ini boleh dikatakan antara kertas kerja yang paling
progresif pernah dikeluarkan oleh RAND. Melihat tajuknya serba sedikit telah
menggambarkan apa kandungan intipatinya.
Dalam pendahuluan bagi buku ini,
tanpa selindung penulis mengumumkan bahawa musuh utama dunia (baca: US) adalah
Islam yang akan menyebabkan perubahan ideology baru dunia. Maka buku ini adalah
strategi yang perlu diambil US untuk menghalang kebangkitan ini. CDI mengklasifikasikan
ummat Islam kepada 4 golongan yang mana setiap golongan ini mempunyai
penerimaan yang berbeza terhadap nilai-nilai barat dan strategi menghadapi mereka
juga berbeza.
Golongan pertama, adalah golongan fundamentalis.
Ciri utama golongan fundamentalis adalah mereka sama sekali menolak demokrasi, hak
asasi manusia dan seluruh nilai-nilai barat. Inilah musuh US yang tidak boleh
bertolak-ansur. Mereka secara spesifik merujuk kepada gerakan yang menolak sama
sekali nilai barat seperti demkorasi, menuju menegakkan khilafah seperti gerakan-gerakan jihad sperti
al-Qaeda,Taliban,Abu Sayyaf,Jemaah Islamiyah, Hizbut Tahrir dan sebagainya
serta di label sebagai terrorist.
Golongan kedua, adalah golongan
tradisionalis. Golongan tradisionalis ini lebih menumpukan soal kerohanian dan
keilmuan. Walaupun ada yang terlibat dengan politik, tetapi pemikiran mereka lebih
tertumpu soal kerohanian. Golongan yang dikaitkan adalah seperti golongan sufi,
ahli kalam dan wahabi dan ulama-ulama yang lebih cenderung berbahas ilmu.
Golongan ketiga, adalah golongan
modenis. Golongan modenis ini mereka
mahu melihat Islam menjadi sebahagian dari kemajuan global. Mereka memberi
nafas Islam bagi nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia,
perekonomian dan nilai-nilai lain. Ia merujuk kepada sesetengah ulama' dan pemikir Islam hari ini.
Golongan yang keempat, adalah
golongan secular yang telah mengikut acuan barat termasuk pemerintah yang ada
dan tokoh-tokoh pemikir mereka.
Jika kita teliti,US menjadikan
sejauh mana penerimaan atau penolakan
ummat Islam kepada nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi manusia,
perundangan, ekonomi dan nilai-nilau utama lain untuk mengklasifikasikan ummat
Islam. Kita tidak terperangkap dengan klasifikasi ini kerana sebenarnya mereka
mengklasifikasikan ummat Islam untuk kepentingan mereka menghadapi kebangkitan
Islam. Dari situ mereka menetapkan kaedah dan strategi berbeza, bergantung kepada bentuk pemikiran ummat Islam.
Dalam bab yang kedua, dibahaskan
strategi untuk mencari 'partner' untuk apa yang mereka sebut menerima demokrasi
Islam. Dalam perenggan yang pertama digariskan bahawa, mempromosi demokrasi
dalam dunia Islam dan membantu perlaksanaannya adalah suatu tindakan jangka panjang
untuk usaha menentang kebangkitan Islam. Dari penulisan buku ini, mereka
seringkali menegaskan bahawa sokongan yang sekian lama diberikan kepada golongan
sekular- golongan pemerintah dan pemikir sekular- bukan lagi tindakan yang
semestinya tepat untuk keadaan geopolitik hari ini. Ini kerana, kebanyakan
orang Islam sudah menyedari maneuver golongan ini dan tidak menjadikan mereka
sebagai rujukan dalam masalah politik
mahupun agama.
Oleh itu RAND mencadangkan, untuk memberi
sokongan, peluang-peluang muncul di akhbar, ruang untuk berpolitik, memberikan
pendapat, ruang-ruang melalui NGO dan penonjolan bagi golongan Islam yang
modenis. Ini kerana golongan modenis mereka walaupun tidak menerima demokrasi
barat sepenuhnya, tetapi mereka masih tetap menerima demokrasi cuma dalam kerangka
yang mereka anggap Islami. Maka mereka perlu diberikan peluang bergeraka dalam
politik demokrasi dan sokongan atas-atas tekanan golongan sekular terhadap
mereka. Pemimpin dan tokoh-tokoh golongan Islam modenis perlu diberi penghormatan
dan pengiktirafan.
Manakala golongan tradisionalis,
mereka kurang membahaskan masalah politik. Maka kebiasaannya golongan
tradisionalis tidak mempunyai pandangan yang khusus tentang demokrasi dan
konsep politik lain. Maka golongan ini perlu digunakan untuk menyerang
pandangan golongan fundamentalis yang menolak nilai barat secara keseluruhan.
Ia dengan cara memberikan ruang kepada ulama' seperti ini mengalihkan pandangan
ummat, dan menimbulkan keraguan ummat
terhadap golongan fundamentalis. Ini kerana golongan tradisionalis biasa
mempunyai pengaruh yang kuat dalam ummat, menguasai madrasah-madrasah dan
institusi pendidikan tradisional. Manakala bagi ulama' tradisionalis yang boleh
menerima nilai barat walau secara selektif, mereka ini wajar diberi ruang untuk
kedepan. Maka dengan ini nilai-nilai barat seperti demokrasi, hak asasi
manusia, pengagihan kuasa, perundangan dan ekonomi boleh disemai dalam pemikiran
ummat Islam. Dalam masalah demokrasi dan penerimaan nilai barat, golongan fundamentalis
digariskan RAND sebagai musuh utama yang tidak boleh dikompromi dan sememangnya
tidak boleh dibawa berkompromi.
Dalam bab ketiga, RAND menerangkan
strategi-strategi untuk menghadapi golongan-golongan ini, baik samada berkawan
dengan golongan ini, mengadu-domba mereka agar berseteru mahupun secara
langsung menyerang mereka. Secara umumnya, golongan Islam modenis hendaklah
diberi peluang dan sokongan politik, memberi pandangan Islam kontemporari. Ini kerana
golongan Islam modenis hari ini telah dapat menarik sokongan rakyat berbanding pemerintah
sekular. Sokongan kepada golongan Islam modenis ini boleh diberi secara
langsung atau tidak secara langsung selagi dapat dipastikan kepercayaan ummat
tidak terhakis. Benarkan mereka menyebarkan pandangan-pandangan mereka.
Manakala sokongan kepada kerajaan sekular hanya diberi berdasarkan kes per kes basis.
Ini kerana, banyak kerajaan sekular yang bersifat nasionalis hingga mengabaikan
kepentingan US. Oleh itu, sokongan kepada mereka bergantung kes per kes basis. Bagi
golongan tradisionalis, ulama'-ulama' mereka
perlu digunakan untuk menyerang golongan fundamentalis. Ini merupakan
golongan yang terbaik yang perlu digunakan untuk menyerang fundamentalis kerana
golongan ini mempunyai kemuliaan yang tinggi dikacamata ummat.
Keupayaan mereka membahas agama
perlu digunakan, untuk menyerang pemikiran-pemikiran politik golongan
fundamentalis. Secara spesifik disebut, bahawa golongan tradisionalis ini wajar
disokong untuk mewujudkan perseteruan sesama Islam dan secara spesifik disebut
mereka ini ajar diberi dana untuk
membina sekolah-sekolah untuk menyebarkan fahaman mereka. Secara jelas diberitahu,
segala kerjasama antara golongan tradisionalis dengan golongan fundamentalisme mestilah dihalang dan
sepatutnya diwujudkan permusuhan sesame mereka. Bagi menghadapi golongan yang
mereka labelkan sebagai fundamentalis, digariskan agar jangan memberi promosi,
serang nilai-nilai yang dibawa, hilangkan kepercayaan ummat kepada mereka, wujudkan
gambaran mereka ekstrimis dan tidak mampu membawa kemakmuran. Tidak ada sikap lain kepada golongan fundamentalis
kecuali menentang dan menghancurkan mereka. Itulah ringkasan apa yang
digariskan oleh RAND untuk US menghadapi
kebangkitan Islam. Mereka melabelkan kita, untuk memudahkan mereka menentang
kebangkitan Islam, walhal hakikatnya tidak begitu. Kita semua bukan
fundamentalis, tradisionalis, modenis atau sekular. Cuma RAND mengklasifikasikan
kita mengikut sejauh mana pnerimaan kita terhadap nilai-nilai US dan dari itu diatur strategi yang berbeza.
Ramai kaum Muslimin yg tidak
menyedari hal ini dan tidak sedar mereka bergerak dalam acuan yang sememangnya
diatur oleh CIA. Inilah pentingnya kaum
Muslimin terutama gerakan-gerakan Islam mempunyai kesedaran politik yang sangat
jernih lagi tajam. Semoga ia membuka minda politik kita untuk melihat dunia
dengan kacamaata politik Islam agar
dengan itu kita dapat bergerak menuju
kebangkitan Islam. InsyaALLAH..
Download buku ini :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan