12 Ogos 2013

10 PESAN IMAM SHAFIE agar kita SELAMAT

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dzalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH

3. Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Munkar dan Nakir: tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup
menahan kesulitan.

6. Hak kepada sirat (titian yang merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman
dan suka berjamaah.

7. Hak kepada Malik (malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang- terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kepada Ridhzuan (malaiakt penjaga syurga): merasa redha kepada qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH
dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. Hak kepada Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan
bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH.

10. Hak kepada ALLAH SWT: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan."

Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan