13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah
melaknat perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya
dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah
mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur
Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan
menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut
hentakan kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti
pelacur dizaman jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai
wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita
itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap
mata ada zinanya terutamanya hidung yang
berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah
dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan)
melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian
hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang
mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani)
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu
(perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah
yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan
menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung
yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu
Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai
pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma!
Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid
tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan
dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk
dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan
mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari
Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai
pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.
Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja
manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan
hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan
Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perem
puan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong
dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perka
taan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat
32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang
minum arak yang mereka namakan dengan yang
lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-
bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka
Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-
perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga
kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu,
puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya
dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke
dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia
kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan
dia telah membinasakan tabir antaranya dengan
Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan
Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang
berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata ,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di
hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An
Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud :
Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh
dan longgar) yang demikian itu supaya mereka
mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha
penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik
orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak
akan masuk Syurga dan tidak akan mencium
baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/
jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka
bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun
perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka
adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya
penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum
wanita. (Shahih Muslim No.4921)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan