29 Disember 2013

Kenaikan Kos Hidup: Natijah Pemimpin Tidak Amanah

Fenomena kenaikan harga barang dan kos sara hidup sudah menjadi seperti satu ‘kitaran ganas’ di Malaysia. Mana tidaknya, sudah berkali-kali kerajaan menggunakan kuasa mereka sewenang-wenangnya dan menaikkan harga barang dan perkhidmatan dengan alasan tidak masuk akal. Padahal semasa pilihan raya yang masih agak baru berlalu, pelbagai janji manis ditaburkan kepada rakyat termasuklah akan mengurangkan beban sara hidup rakyat dengan tidak menaikkan harga barang dan perkhidmatan. 

Inilah salah satu penipuan pilihan raya secara terang-terangan dalam gelanggang demokrasi di mana pihak yang bertanding akan berjanji bulan dan bintang kepada pengundi, meskipun mereka tahu yang kesemua janji itu tidak akan mereka laksanakan apabila mereka berkuasa nanti. 

Merespon kepada pelbagai jenis kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini, pelbagai pihak telah bersuara. Ada yang bersetuju, ada yang pasrah dan ada yang membantah hingga menyeru orang ramai turun di jalanan untuk mengguling kerajaan kerana sudah tidak tahan dengan kezaliman yang berlaku. 

Setakat 27 Disember, sebanyak 633 laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak terhadap perhimpunan untuk mengguling kerajaan yang dijadualkan pada 31 Disember nanti. Di saat ramai yang membantah tindakan kerajaan yang tidak berhati perut ini, namun terdapat segelintir yang menjadi pengampu dengan bersetuju terhadap kenaikan ini walhal hakikatnya tidak ada satu kebaikan pun kepada rakyat dengan kenaikan ini, apatah lagi dalam keadaan rakyat yang sudah terbeban dengan kenaikan-kenaikan lain sebelum ini. 

Menyoroti pelbagai jenis kenaikan harga barangan ini, yang bermula dengan petrol, gula, tol dan tarif elektrik, ramai pengamat yang menyelar tindakan kerajaan dan menjangkakan yang tahun 2014 akan menjadi tahun BN (‘barang naik’) dan rakyat akan terus tersepit dan terhimpit.

Inilah natijah dari sebuah kerajaan sekular yang menerapkan ideologi kapitalisme dalam kehidupan bernegara. ‘Kuasa’ dijadikan sebagai alat untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan, bukannya dijadikan sebagai amanah yang Allah letakkan ke atas mereka untuk menerapkan syariatNya. 

Kerajaan bukan sahaja tidak menunaikan amanah, malah menyalahgunakan lagi amanah tersebut untuk kepentingan peribadi. Minyak, gas dan segala bahan galian yang merupakan al-milkiyyah al-ammah (pemilikan umum), jalan raya dan elektrik yang sepatutnya dinikmati secara percuma oleh rakyat, perusahaan gula yang tidak sepatutnya dimonopoli dan banyak lagi perkara-perkara lain, kesemuanya dijadikan ‘bahan dagangan’ oleh pemerintahan ini terhadap rakyatnya. Inilah sifat ideologi kapitalisme  yang diamalkan oleh pemerintah demi mengaut semua kekayaan negara ke dalam kantung mereka. 

Inilah realiti pemerintah yang menaiki takhta melalui jalan demokrasi di mana demokrasi telah memberi hak kepada mereka untuk membuat hukum dan undang-undang sendiri, lalu mereka telah mencampakkan hukum Allah dari pemerintahan mereka! Sebagai pemimpin, mereka sepatutnya memelihara rakyat, bukannya menderitakan rakyat. Sungguh, mereka pasti akan dihisab atas apa yang mereka lakukan. Sabda Rasulullah SAW, 

"Sesungguhnya pemimpin itu adalah pemelihara dan ia akan ditanya tentang pemeliharaan (rakyat)nya” [HR Bukhari dan Muslim].

Selagi demokrasi menjadi pilihan, selagi itulah umat manusia akan terus menderita. Demokrasi hanya akan menguntungkan segelintir elit pemerintahan dan kroni-kroni mereka sahaja, manakala rakyat akan terus diinjak- injak. Dalam demokrasi, pemerintah hanya akan baik dengan rakyat tatkala musim mengundi sahaja, selepas itu habislah madu dan sepah dibuang! 

Sesungguhnya umat Islam memerlukan negara Khilafah bagi menggantikan sistem demokrasi yang busuk ini. Disamping wajib mendirikannya, negara Khilafah telah terbukti mensejahterakan manusia selama lebih 13 abad dengan penerapan Ktabullah dan Sunnah RasulNya. Wallahu a’lam.
 

28 Disember 2013

Hukum Menyambut Tahun Baharu Masihi

Menelusuri sejarah sambutan tahun baru Masehi, ia pertama kali diraikan pada 1 Januari 45 SM. Semasa pemerintahan Maharaja Julius Caesar, baginda mahu agar kalendar yang digunakan secara tradisional dirombak kepada kalender yang berasaskan peredaran matahari. Julius Caesar dibantu oleh Sosigenes, seorang ahli astronomi dari Iskandariyah, yang menyarankan agar penanggalan baru itu dibuat dengan mengikuti revolusi matahari, sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Mesir.

Satu tahun dalam kalendar baru itu dihitung sebanyak 365 seperempat hari dan Caesar menambahkan 67 hari pada tahun 45 SM sehingga tahun 46 SM dimulai pada 1 Januari. Caesar juga memerintahkan agar setiap empat tahun, satu hari ditambahkan kepada bulan Februari, yang secara teori dapat menghindari penyimpangan dalam kalendar baru ini. Tidak lama sebelum Caesar terbunuh pada tahun 44 SM, dia mengubah nama bulan Quintilis dengan namanya, iaitu Julius atau July. Kemudian, nama bulan Sextilis diganti dengan nama pengganti Julius Caesar, Augustus, menjadi bulan Ogos.

Latar Belakang Tahun Baru Masehi
Tahun Baru Masehi adalah satu perayaan keagamaan Kristian sebagaimana dinyatakan dalam Ensiklopedia Katolik,

For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annuncia-tion, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints.(http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm)

Daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, Hari Tahun Baru (New Year’s Day) adalah termasuk perayaan keagamaan.

Hukum Meraikan Perayaan Kufur
Pada dasarnya, Islam telah melarang kaum Muslimin melibatkan diri dalam perayaan orang-orang kafir, walau apa pun bentuknya. Melibatkan diri termasuklah perbuatan mengucapkan selamat, hadir ke rumah dan majlis-majlis terbuka, menganjurkan perayaan untuk mereka (ini lebih buruk), hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan sambutan, mengirim kad ucapan selamat, memberikan hadiah dan sebagainya. Maksud ‘perayaan’ orang kafir di sini mencakup seluruh perayaan hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik kafir musyrik mahupun kafir ahlul kitab. Ketentuan ini didasarkan pada firman Allah S.W.T,

“Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri (la yash-haduna) tempat-tempat yang melakukan perkara-perkara yang dilarang (al-zur), dan apabila mereka melewati (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya”. [TMQ al-Furqan (25): 72]

Menurut sebahagian besar Mufassirin, kata al-zur (kepalsuan) dalam ayat ini adalah bermakna syirik [Imam al-Syaukani, Fath al-Qadir, juz 4, hal. 89]. Beberapa Mufassirin seperti Abu ‘Aliyah, Thawus, Muhammad bin Sirrin, al-Dhahhak dan al-Rabi’ bin Anas menjelaskan makna al-zur di sini adalah hari raya kaum Musyrikin. Lebih luas, Amru bin Qays mentafsirkannya sebagai majlis-majlis yang buruk dan kotor.[Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346]. 

Sedangkan kata la yash-haduna, menurut jumhur ulama bermakna la yahdhuruna al-zur, maksudnya ‘tidak menghadirinya’ [Imam al-Syaukani, Fath al-Qadir, juz 4, hal. 89]. Memang ada yang memahami ayat ini berhubung dengan pemberian kesaksian palsu (syahadah al-zur) yang di dalam Hadis Sahih dikategorikan sebagai dosa besar. Akan tetapi, daripada konteks kalimatnya, makna yang lebih tepat adalah la yahdhurunahu (tidak menghadirinya). Ini kerana, dalam sambungan ayat seterusnya disebutkan,

“...dan apabila mereka melewati (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak ber-faedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya”.

Dengan demikian, keseluruhan ayat ini memberikan pengertian bahawa ‘mereka tidak menghadiri al-zur’. Dan jika mereka melewatinya, maka mereka segera melepasinya, dan tidak mahu terpalit kekotorannya sedikit pun. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346]

Daripada ayat ini, ramai fuqaha’ yang menyatakan haramnya menghadiri perayaan/hari raya kaum kafir. Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Kaum Muslimin telah diharamkan untuk merayakan hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani.” Imam al-Amidi dan Qadhi Abu Bakar al-Khalal menyatakan, “Kaum Muslimin dilarang keluar untuk menyaksikan hari raya orang-orang kafir dan musyrik.”. Al-Qadhi Abu Ya’la al-Fara’ berkata, “Kaum Muslimin telah dilarang untuk merayakan hari raya orang-orang kafir atau musyrik”. [Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Sirath al-Mustaqim, hal. 201]

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menga-takan, “Sebagaimana mereka (kaum Musyrikin) tidak diperbolehkan menampakkan syiar-syiar mereka, maka tidak diperbolehkan pula bagi kaum Muslimin menyetujui dan membantu mereka menzahirkan syiar itu serta hadir bersama mereka. Demikian menurut kesepakatan ahli ilmu”.

Abu al-Qasim al-Thabari mengatakan, “Tidak diperbolehkan bagi kaum Muslimin menghadiri hari raya mere-ka karena mereka berada dalam kemungkaran dan kedustaan (zawr). Apabila ahli ma’ruf bercampur dengan ahli mungkar, tanpa mengingkari mereka, maka ahli ma’ruf itu adalah sebagaimana halnya orang yang meredai dan ter-pengaruh dengan kemungkaran itu. Maka kita takut akan turunnya murka Allah atas jamaah mereka, yang meliputi secara umum. Kita berlindung kepada Allah dari murkaNya”. [Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Dzimmah, juz 1. hal. 235]

Pada masa-masa pemerintahan Islam, sejak zaman Rasulullah S.A.W, kaum Muslimin diharamkan merayakan perayaan Ahlul Kitab dan kaum musyrik. Daripada Anas r.a bahawa ketika Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, penduduk di sana menyambut perayaan (Mahrajan dan Nairuz) sepertimana kebiasaan kaum Rom dan Parsi. Nabi S.A.W bertanya:

“Apakah dua hari ini?” Mereka menjawab: “Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini”. Sabda Nabi, “Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik daripada dua hari tersebut iaitu hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr”.[HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i dan Al-Baghawi]

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khaththab, beliau juga telah melarang kaum Muslimin merayakan hari raya orang-orang kafir. Imam Baihaqi telah menuturkan sebuah riwayat dengan sanad sahih dari Atha’ bin Dinar, bahawa Umar r.a pernah berkata,

“Janganlah kalian memasuki kaum musyrik di gereja-gereja pada hari raya mereka. Sesungguhnya murka Allah S.W.T akan turun kepada mereka pada hari itu”.

Umar bin al-Khaththtab r.a juga mengatakan, “Jauhilah musuh-musuh Allah pada hari raya mereka”.

Demikianlah Islam telah melarang umatnya melibatkan diri dalam perayaan orang-orang kafir, apa sekalipun bentuknya. Apatah lagi, setiap tibanya Tahun Baru, sambutan tidak akan lengkap jika tidak disertakan dengan konsert-konsert hiburan, tari-menari dan dendangan lagu samada di televisyen maupun di tempat-tempat umum. Setiap konsert-konsert yang dijalankan, semestinya berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan (ikhtilat). Sedangkan ikhtilat adalah haram hukumnya dalam Islam. Maka, telah jelaslah apa yang dibolehkan dan tidak dibolehkan oleh Islam. Firman Allah S.W.T,

“dan barangsiapa yang berpaling daripada pengajaran Allah, Kami akan benarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karib mereka, sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka daripada jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk”. [TMQ Al-Zukhruf (43):36-37]

Kesimpulan 
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Syariat Islam melarang umatnya daripada menyertai apa-apa perayaan agama lain termasuk antaranya sambutan Tahun Baru Masehi. Yang padanya dizahirkan syiar agama Nasrani yang syirik dan dilaknat Allah S.W.T. Sebagaimana kata Imam Ibn al-Qayyim  menyatakan dalam kitab beliau yang maksudnya, “Tidak boleh (haram) kepada kaum Muslimin menolong orang musyrik menzahirkan syiar agama mereka”. [Ahkam Ahli Zimmah, 156]

Wallahu a’lam.

REFLEKSI 2013 : DUNIA ISLAM MASIH TERJAJAH, KHILAFAH ADALAH PENYELESAIANNYA

[SN374] Tahun 2013 akan meninggalkan kita beberapa hari lagi dan akan berganti dengan tahun baru 2014. Namun, sama seperti tahun-tahun sebelumnya, 2013 meninggalkan kenangan pahit untuk umat Islam walaupun sudah ada sedikit kemanisan di dalamnya. Sepanjang 2013, umat Islam seluruh dunia masih diliputi pelbagai bentuk masalah dan dibelenggu pelbagai bentuk penderitaan. Intinya, dunia Islam masih dijajah, baik penjajahan itu secara langsung dengan pencerobohan tentera mahupun penjajahan dalam bentuk lain secara ideologi, ekonomi, politik atau budaya.Secara ideologi, hampir kesemua negeri Islam masih menerapkan ideologi kapitalisme sebagai dasar negara dan asas pengaturan masyarakat. Penjajahan ideologi inilah yang memberikan jalan bagi penjajahan dalam bentuk lainnya seperti penjajahan ekonomi, politik, pergaulan, budaya pendidikan dan lain-lain. Oleh itu, tidaklah menghairankan walau secara ekonomi, negeri-negeri Islam memiliki sumber daya alam yang melimpah ruah, namun rakyatnya miskin. Ini kerana, selain dikaut pemerintah,perusahaan-perusahaan kapitalis asing mengeksploitasi segala kekayaan alam yang ada di negeri Muslim.

Negeri-negeri seperti Iraq, Afghanistan dan Palestin masih diduduki oleh tentera-tentera penjajahhingga sekarang. Kaum Muslimin dibunuh sewenang-wenangnya atas nama perang melawan terorisme dan menegakkan demokrasi. Penjajah kuffar itu juga turut menciptakan konflik dengan cara adu domba dengan pelbagai isu etnik, perkaumanmahupun akidah. Hasil dari semua kejahatan ini, lebih dari 1 juta umat Islam terbunuh di Iraq manakala tidak terhitung berapa jumlah yang terbunuh di Palestin dan Afghanistan.Amerika Syarikat, dengan menggunakan pesawat tanpa awak (drone) secara leluasa melakukan pembantaian massa sehingga ribuan umat Islam terbunuh di Afghanistan dan Pakistan. ‘Mesin pembunuh’ ini bolehmelakukannya dengan mudah dan leluasakerana dibiarkan, malah dibantu oleh penguasa-penguasa Muslim yang menjadi bonekanya. Inilah rutin mereka, membunuh dan terus membunuh tanpa henti. Jika ada kesilapan serangan, Amerika pura-pura memohon maaf manakala para pemimpin boneka ini pula pura-pura mengecam. Namun pembantaian massa terus berlanjutan dari masa ke semasa.

Segala kekayaan alam di tanah kaum Muslimin, diberikan oleh penguasa-penguasa boneka ini kepada puak kuffar. Segala persenjataan yang sepatutnya dihunus kepada kuffar penjajah, sebaliknya dihunus kepada rakyat sendiri. Pendek kata, para penguasa pengkhianat ini bukan sahaja merompak  dan membunuh rakyatnya sendiri, malah senantiasa memberi jalan dan memudahkan puak kuffarpenjajah ini untuk merompak kekayaan negeri Islam dan membunuh penduduknya.Rejim militer Mesir di bawah pimpinan Jeneral boneka as-Sisi contohnya, membunuh ratusan umat Islam yang mendukung Presiden Mursi. Ribuan Muslim ditahan, dipenjarakan dan diseksa secara kejam. Media massa dikawal sepenuhnya dan beberapa di antaranya disekat. Semua ini berjalan sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Amerika dan negara-negara Barat. Inilah fakta nyata yang berlaku pada tahun 2013 dan masih berlaku hingga kini. Kudeta militer di Mesir membuktikan kepada kita bahawa jalan demokrasi adalah penuh penipuan. Meskipun Mursi menang secara demokratis, namun tetap sahaja Barat tidak percaya 100% dan lebih mendukung militer sekular yang lebih diyakini kesetiaannya sebagai pelayan mereka.Rakyat inginkan Islam, namun kesilapan mereka memilih jalan demokrasi telah membawa padah yang amat buruk.

Di Syria, sudah lebih dua tahun rejim Bashar al-Assad yang kekejamannya melebihi binatang buas, melakukan pembantaian massa terhadap rakyatnya sendiri. Ratusan ribu dibunuh tanpa perikemanusiaandengan menggunakan segala bentuk dan jenis senjata, termasuklah dengan bom-bom berkuasa tinggi dan senjata kimia yang mengerikan. Ramai di kalangan mangsa adalah anak-anak dan para wanita. Dianggarkan lebih dari 1 juta warga Syria menjadi pelarian dalam keadaan yang amat menyedihkan, apatah lagi kini mereka sedang berhadapan dengan cuaca yang sangat dingin hingga ada yang terkorban kerana kesejukan. Namun demikian, perjuangan warga Syam tetap diteruskan. Tidak ada lain yang dikehendaki oleh para pejuang Syam kecuali menegakkan Islam dan Khilafah Islamiyyah di bumi yang diberkati itu. Kerana itulah, Amerika dan lain-lain kuasa besar masih tetap mempertahankan rejim Assad keranadi samping belum mendapatiejen penggantinya yang layak, kaum kuffar tersebut cukup takut sekiranya Bashar jatuh, maka Khilafah Islamiyyah akan berdiri di sana. 

Konflik berdarah yang berlaku di benua Afrika seperti Somalia, Nigeria, Afrika Tengah atau Sudan dengan memakan ratusan ribu korban, semuanya tidak lepas dari campur tangan Amerika dan sekutu-sekutu Baratnya yang rakus untuk menguasai kekayaan alam yang terdapat di negeri-negeri kaum Muslimin. Manakala di negeri-negeri yang umat Islam merupakan minoriti, nasibnya lebih menyedihkan lagi, seperti di Xianjiang Cina, Myanmar, Filipina, Thailand dan India. Diskriminasi terjadi terus-menerus, bahkan pembunuhan ke atas kaum Muslimin adalah satu perkara biasa. Padahal kaum Muslimin hidup di negeri mereka sendiri, di tanah milik mereka sendiri.Hal yang sama dialami oleh umat Islam di negara-negara Barat di mana mereka dilarang mengenakan hijab, dipersulit membangun masjid, masjid-masjid dilempari dengan pelbagai objek, dituduh terroris dan ekstremis. Semua ini terjadi seiring dengan menguatnyaIslamophobia yang didukung oleh para politikus, cendekiawan dan disuburkan dengan polisi negara-negara Barat yang anti Islam.

Tahun 2013 juga menyaksikan penghinaan ke atas Al-Quran, Islam dan Nabi Muhammad SAW diteruskan oleh puak kuffar seperti tahun-tahun sebelumnya. Mereka melakukan semua kekejian itu tanpa merasa takut sedikit pun kerana dilindungi oleh pemerintah dan sistem demokrasi negara mereka atas nama kebebasan. Namun, lebih penting, mereka tidak takut kerana tidak ada seorang penguasa Muslim  pun yang berani buka mulut untuk menjawab kebiadaban mereka itu. Kaum Muslimin seluruh dunia bangkit mempertahankan kesucian agama Islam, Al-Quran dan Rasulullah SAW, namun malangnya penguasa Muslim tetap bacul dan memaku. Penguasa kaum Muslimin tidak peduli semua itu kerana apa yang penting bagi mereka ialah kuasa, pangkat dan harta yang perlu mereka boloti habis-habisan. Rasulullah dihina, Al-Quran dihina…itu semua adalah perkara remeh bagi mereka!!!

Sepanjang tahun 2013 juga menyaksikan tentera kaum Muslimin, termasuklah di Malaysia terus diawetkan dari jihad fi sabilillah. Di saat dunia Islam terus menjerit meminta pertolongan, para tentera masih tetap memekakkan telinga danmembutakan mata.Hatta ke tahap Nabi Muhammad SAW dihina pun, para tentera ini masih tetap tidur di berek-berek mereka, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku dan seolah-olah Muhammad itu bukan Nabi mereka! Walhal kewajipan mereka adalah untuk berjihad mempertahankan Islam, membantu saudara-saudara mereka yang dibunuh dan membebaskan negeri-negeri kaum Muslimin dari cengkaman kuffar. Namun malangnya, mereka lebih mentaati pemerintah mereka yang khianat berbanding mentaati Allah Azza wa Jalla!

Kedudukan Di Malaysia

Landskap politik Malaysia tidak banyak berubah sejak Barisan Nasional mengekalkan kemenangan tipis dalam PRU ke-13 yang lalu. Walaupun mungkin tidak sehebat di tempat lain, tetapi umat Islam di Malaysia tetap tidak lepas dari tekanan dan penindasan. Baru sahaja rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga petrol, kemudian harga gula, kemudian diikuti dengan kenaikan tol, kenaikan tarif elektrik dan pengenalan cukai baru (GST). Apa yang menyebabkan rakyat semakin ‘sakit’ ialah apabila rakyat diperbodohkan sedemikian rupa dengan alasan ‘tak sekolah’ yang diberikan oleh kerajaan atas semua kenaikan tersebut. Sudahlah alasan tak masuk akal, kerajaan pula berbelanja super mewah manakala rakyat disuruh berjimat! 

Rasuah dan penyelewengan masih mendarah daging di dalam pemerintahan dan pentadbiran. Laporan Transparency International Malaysia mencatatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di tempat ke-53 tahun ini, dengan mata CPI bergerak satu tangga daripada 49 ke 50 berbanding tahun lepas.Masalah jenayah sudah tidak ada penghujungnya, malah semakin mengerikan. Di sebalik propaganda PDRMyang mengatakan kadar jenayah semakin menurun dan polis berjaya menumpaskan sindiket itu dan ini, namun realitinya saban hari berita tentang jenayah terpampang di media, baik media cetak mahupun elektronik. Jenayah samun, penculikan, kecurian, pencabulan dan banyak lagi sudah tidak terkata. Di antara Jan-Jun 2013, indeks yang dikeluarkan oleh PDRM sendiri menunjukkan kadar jenayah di seluruh Malaysia berjumlah 74,127 kes. Angka ini bukanlah suatu yang kecil dan boleh dipandang sebelah mata. Malah umum mengetahui bahawa angka tersebut hanyalah mewakili kes-kes yang dilaporkan, manakala jika termasuk kes-kes yang tidak dilaporkan, angkanya sudah pasti lebih menakutkan.

Sistem pendidikan pula masih tetap sekular dan mahal. Ia hanya mampu melahirkan insan yang bijak dari segi akademik, namun gagal membentuk syakhsiyahIslamiyyah para pelajar. Natijahnya, segala bentuk gejala sosial seperti kes-kes pergaulan bebas, perzinaan, hamil luar nikah, pembuangan bayi dan seumpamanya sudah mula wujud di peringkat usia sekolah lagi. Seterusnya ia memberi impak kepada runtuhnya institusi kekeluargaan dan sistem pergaulan dalam negara secara umumnya. Sistem sosial yang bebas ala binatang merupakan suatu yang lumrah dalam negara demokrasi, kerana demokrasi memberikan hak kebebasan (freedom) kepada setiap individu di dalam bertingkah laku. 

Namun sayangnya, sebahagian umat Islam masih tidak nampak bahawa kesemua kerosakan tersebut berlaku disebabkan oleh pemerintah yang khianat dan tidak menerapkan Islam. Semua kerosakan itu berpunca daripada sistem demokrasi yang diterapkan kerana demokrasi mengajar penganutnya bahawa kedaulatan itu ada di tangan rakyat, bukannya di tangan syarak. Inilah realiti demokrasi. Di bawah sistem kufur ini, manusia boleh melakukan maksiat sesuka hati. Ingin berjudi, ada tempat yang besar dan mewah disediakan; ingin menyanyi, melalak dan berjoget, ada kelab-kelab malam yang sentiasa terbuka dan banyak konsert-konsert yang dianjurkan dari masa ke semasa; ingin mengambil pinjaman riba, boleh didapatkan dengan mudahnya; ingin bermain saham, berniaga insurans dan banyak keharamanlain, semuanya boleh dilakukan kerana segala pintu maksiat terbuka luas dalam demokrasi.

Demokrasi memberikan kuasa kepada manusia untuk membuat hukum. Halal dan haram adalah ditentukan oleh mereka yang berkuasa. Mereka boleh membuat apa jua undang-undang sesuka hati mereka, mengenakan cukai sesuka hati, menaikkan tarif elektrik sesuka hati, mewujud dan menggalakkan perbankan ribawi sesuka hati, menyekat rakyat dari bersuara, berhimpun, berdemonstrasi dan sebagainya. Malah untuk mengajar agama pun disekat kecuali kepada mereka yang diberi tauliah sahaja. Sekiranya ada apa-apa usaha untuk menegakkan agama Allah dan menukar negara demokrasi ini kepada negara Khilafah, maka usaha ini sudah pasti disekat dengan lebih besar lagi.

Para pemerintah dalam sistem demokrasi tidak mahu rakyat menyibukkan diri dengan politik kerana ia boleh membahayakan kedudukan mereka. Namun, jika rakyat menyibukkan diri dengan ibadah-ibadah mahdhah dan berzikir, hal ini dibenarkan. Malah jika puluhan ribu berkumpul untuk berzikir pun, hal ini dibenarkan. Selain wujudnya kelompok yang sibuk untuk akhirat semata-mata, sebahagian besar umat Islam yang lain disibukkan pula dengan dunia. Kehidupan seharian mereka hanyalah dihabiskan untuk mencari sebanyak mungkin harta benda dunia. Bagi kelompok ini, istilah perjuangan Islam tidak ada dalam kamus hidup mereka, malah sebahagian mereka menganggap yang perjuangan Islam itu sebagai suatu yang bodoh kerana sengaja menempah risiko. Mereka sudah merasa senang dengan kehidupan dan merasakan berada di zon selesa dan tidak perlu berubah. Mereka sudah merasa cukup dengan rutin hidup seharian seperti pergi-balik kerja, bersiar-siar di waktu lapang, berkelah di hujung minggu, berlibur di waktu lapang dan musim cuti, bersukan, berehat dan tidur. Apa yang penting bagi mereka ialah perut kenyang! 

Sinar Harapan

Melihat keadaan umat Islam yang memilukan ini, HizbutTahrirwujud di tengah-tengah umat bagi memulihkan segala kerosakan dan berusaha membangkitkan umat seperti pada zaman kegemilangannya dahulu.HizbutTahrir telah merumuskan akar masalah dari seluruh masalah di dunia Islam,iaitu, kerana sistem kufur yang diterapkan di negeri-negeri Islam dan keberadaan penguasa-penguasa khianat dan boneka yang memimpin kaum Muslimin.  HizbutTahrir juga telah merumuskan penyelesaiannya dengan jelas dan menyeluruh, yakni dengan mengembalikan kehidupan Islam dengan menerapkan syariah Islam secara kaffah di bawah negara Khilafah.

HizbutTahrir telah merumuskan jalan perjuangan sebagaimana manhaj Rasulullah SAW, yang secara ringkasnya dapat diterangkan seperti berikut. Pertama, dengan cara mencetak kader-kader dakwah yang bersyakhsiyah Islamiyah sebagai hujung tombak perjuangan. Kedua, membangun kesedaran umat yang akan melahirkan pandangan umum (ra’yul am / public opinion) sehingga umat bergerak menuntut perubahan atas dasar akidah Islam dan tuntutan yang jelas iaitu tegaknya negara KhilafahIslamiyyah.Ketiga, melakukan thalabunnusrah (mencari pertolongan) dengan  mendatangi ahlu al-quwwah (pemilik kekuatan) yang memiliki kekuasaan hakiki seperti tentera, berdakwah kepada mereka, mengajak mereka kembali berpegang teguh pada Islam, sehingga mereka memberikan dukungan penuh kepada HizbutTahrirtanpa paksaan yang didasarkan kepada akidah Islam demi mendirikan sebuah Negara Islam (Khilafah).

Inilah thariqah (jalan) yang telah ditempuh oleh Rasulullah SAW. Inilah thariqah yang jelas, tegas dan benar yang akan membawa umat Islam ke jalan kemenangan. Bukan dengan jalan demokrasi yang terbukti gagal dan haram, bukan pula dengan cara people’s power ataupun kudeta militer yang tidak sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW.Atas izin dan pertolongan Allah SWT,  perjuangan yang berlandaskan thariqah Rasulullah ini pasti akan berhasil. Sesungguhnya HizbutTahrir telah melihat tanda-tanda keberhasilannyadengan jelas di mana sudah semakin ramai umat Islam yang bergabung dengan HizbutTahrir dan kader-kader dakwah telah berjaya dicetak di seluruh dunia. Seterusnya sudah munculkesedaran umum di tengah-tengah masyarakat akan Islam yakni kesedaran akan kewajipan menegakkan syariah dan Khilafah dan  ditambah dengan dukungan daripadaahlul quwwah. Sungguh, fajar Khilafah itu sudah mula menyingsing dan tidak ada apa-apa yang boleh menghalangnya lagi.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Pertanyaan penting yang tersisa sekarang yang perlu dijawab oleh setiap Muslim adalah, di manakah peranan kita? Apakah kita masih ingin berdiam diri atau malah ingin menjadi penghalang? Jika masih ingin terus berpeluk tubuh atau menghalang, maka kepada Allah kami serahkan urusan kalian. Jika, kalian sudah sedar dan ingin bersama barisan pemuda HizbutTahrir di dalam menegakkan syariah dan Khilafah, maka ahlan wa sahlan dan salam perjuangan kami ucapkan. Keputusan adalah di tangan kalian. Sesungguhnya setiap keputusan itu akan ada yang menghisabnya! Semoga Allah memandu kita semua ke jalan kebenaran dan jalan kemenangan, baik di dunia mahupun akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.