Menelusuri sejarah sambutan tahun baru Masehi, ia pertama kali diraikan pada 1 Januari 45 SM. Semasa pemerintahan Maharaja Julius Caesar, baginda mahu agar kalendar yang digunakan secara tradisional dirombak kepada kalender yang berasaskan peredaran matahari. Julius Caesar dibantu oleh Sosigenes, seorang ahli astronomi dari Iskandariyah, yang menyarankan agar penanggalan baru itu dibuat dengan mengikuti revolusi matahari, sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang Mesir.
Satu tahun dalam kalendar baru itu dihitung sebanyak 365 seperempat hari dan Caesar menambahkan 67 hari pada tahun 45 SM sehingga tahun 46 SM dimulai pada 1 Januari. Caesar juga memerintahkan agar setiap empat tahun, satu hari ditambahkan kepada bulan Februari, yang secara teori dapat menghindari penyimpangan dalam kalendar baru ini. Tidak lama sebelum Caesar terbunuh pada tahun 44 SM, dia mengubah nama bulan Quintilis dengan namanya, iaitu Julius atau July. Kemudian, nama bulan Sextilis diganti dengan nama pengganti Julius Caesar, Augustus, menjadi bulan Ogos.
Latar Belakang Tahun Baru Masehi
Tahun Baru Masehi adalah satu perayaan keagamaan Kristian sebagaimana dinyatakan dalam Ensiklopedia Katolik,
For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annuncia-tion, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints.(http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm)
Daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, Hari Tahun Baru (New Year’s Day) adalah termasuk perayaan keagamaan.
Hukum Meraikan Perayaan Kufur
Pada dasarnya, Islam telah melarang kaum Muslimin melibatkan diri dalam perayaan orang-orang kafir, walau apa pun bentuknya. Melibatkan diri termasuklah perbuatan mengucapkan selamat, hadir ke rumah dan majlis-majlis terbuka, menganjurkan perayaan untuk mereka (ini lebih buruk), hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan sambutan, mengirim kad ucapan selamat, memberikan hadiah dan sebagainya. Maksud ‘perayaan’ orang kafir di sini mencakup seluruh perayaan hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik kafir musyrik mahupun kafir ahlul kitab. Ketentuan ini didasarkan pada firman Allah S.W.T,
“Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri (la yash-haduna) tempat-tempat yang melakukan perkara-perkara yang dilarang (al-zur), dan apabila mereka melewati (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya”. [TMQ al-Furqan (25): 72]
Menurut sebahagian besar Mufassirin, kata al-zur (kepalsuan) dalam ayat ini adalah bermakna syirik [Imam al-Syaukani, Fath al-Qadir, juz 4, hal. 89]. Beberapa Mufassirin seperti Abu ‘Aliyah, Thawus, Muhammad bin Sirrin, al-Dhahhak dan al-Rabi’ bin Anas menjelaskan makna al-zur di sini adalah hari raya kaum Musyrikin. Lebih luas, Amru bin Qays mentafsirkannya sebagai majlis-majlis yang buruk dan kotor.[Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346].
Sedangkan kata la yash-haduna, menurut jumhur ulama bermakna la yahdhuruna al-zur, maksudnya ‘tidak menghadirinya’ [Imam al-Syaukani, Fath al-Qadir, juz 4, hal. 89]. Memang ada yang memahami ayat ini berhubung dengan pemberian kesaksian palsu (syahadah al-zur) yang di dalam Hadis Sahih dikategorikan sebagai dosa besar. Akan tetapi, daripada konteks kalimatnya, makna yang lebih tepat adalah la yahdhurunahu (tidak menghadirinya). Ini kerana, dalam sambungan ayat seterusnya disebutkan,
“...dan apabila mereka melewati (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak ber-faedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya”.
Dengan demikian, keseluruhan ayat ini memberikan pengertian bahawa ‘mereka tidak menghadiri al-zur’. Dan jika mereka melewatinya, maka mereka segera melepasinya, dan tidak mahu terpalit kekotorannya sedikit pun. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346]
Daripada ayat ini, ramai fuqaha’ yang menyatakan haramnya menghadiri perayaan/hari raya kaum kafir. Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Kaum Muslimin telah diharamkan untuk merayakan hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani.” Imam al-Amidi dan Qadhi Abu Bakar al-Khalal menyatakan, “Kaum Muslimin dilarang keluar untuk menyaksikan hari raya orang-orang kafir dan musyrik.”. Al-Qadhi Abu Ya’la al-Fara’ berkata, “Kaum Muslimin telah dilarang untuk merayakan hari raya orang-orang kafir atau musyrik”. [Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Sirath al-Mustaqim, hal. 201]
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menga-takan, “Sebagaimana mereka (kaum Musyrikin) tidak diperbolehkan menampakkan syiar-syiar mereka, maka tidak diperbolehkan pula bagi kaum Muslimin menyetujui dan membantu mereka menzahirkan syiar itu serta hadir bersama mereka. Demikian menurut kesepakatan ahli ilmu”.
Abu al-Qasim al-Thabari mengatakan, “Tidak diperbolehkan bagi kaum Muslimin menghadiri hari raya mere-ka karena mereka berada dalam kemungkaran dan kedustaan (zawr). Apabila ahli ma’ruf bercampur dengan ahli mungkar, tanpa mengingkari mereka, maka ahli ma’ruf itu adalah sebagaimana halnya orang yang meredai dan ter-pengaruh dengan kemungkaran itu. Maka kita takut akan turunnya murka Allah atas jamaah mereka, yang meliputi secara umum. Kita berlindung kepada Allah dari murkaNya”. [Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Dzimmah, juz 1. hal. 235]
Pada masa-masa pemerintahan Islam, sejak zaman Rasulullah S.A.W, kaum Muslimin diharamkan merayakan perayaan Ahlul Kitab dan kaum musyrik. Daripada Anas r.a bahawa ketika Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, penduduk di sana menyambut perayaan (Mahrajan dan Nairuz) sepertimana kebiasaan kaum Rom dan Parsi. Nabi S.A.W bertanya:
“Apakah dua hari ini?” Mereka menjawab: “Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini”. Sabda Nabi, “Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik daripada dua hari tersebut iaitu hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr”.[HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i dan Al-Baghawi]
Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khaththab, beliau juga telah melarang kaum Muslimin merayakan hari raya orang-orang kafir. Imam Baihaqi telah menuturkan sebuah riwayat dengan sanad sahih dari Atha’ bin Dinar, bahawa Umar r.a pernah berkata,
“Janganlah kalian memasuki kaum musyrik di gereja-gereja pada hari raya mereka. Sesungguhnya murka Allah S.W.T akan turun kepada mereka pada hari itu”.
Umar bin al-Khaththtab r.a juga mengatakan, “Jauhilah musuh-musuh Allah pada hari raya mereka”.
Demikianlah Islam telah melarang umatnya melibatkan diri dalam perayaan orang-orang kafir, apa sekalipun bentuknya. Apatah lagi, setiap tibanya Tahun Baru, sambutan tidak akan lengkap jika tidak disertakan dengan konsert-konsert hiburan, tari-menari dan dendangan lagu samada di televisyen maupun di tempat-tempat umum. Setiap konsert-konsert yang dijalankan, semestinya berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan (ikhtilat). Sedangkan ikhtilat adalah haram hukumnya dalam Islam. Maka, telah jelaslah apa yang dibolehkan dan tidak dibolehkan oleh Islam. Firman Allah S.W.T,
“dan barangsiapa yang berpaling daripada pengajaran Allah, Kami akan benarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karib mereka, sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka daripada jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk”. [TMQ Al-Zukhruf (43):36-37]
Kesimpulan
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Syariat Islam melarang umatnya daripada menyertai apa-apa perayaan agama lain termasuk antaranya sambutan Tahun Baru Masehi. Yang padanya dizahirkan syiar agama Nasrani yang syirik dan dilaknat Allah S.W.T. Sebagaimana kata Imam Ibn al-Qayyim menyatakan dalam kitab beliau yang maksudnya, “Tidak boleh (haram) kepada kaum Muslimin menolong orang musyrik menzahirkan syiar agama mereka”. [Ahkam Ahli Zimmah, 156]
Wallahu a’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan