28 Disember 2013

REFLEKSI 2013 : DUNIA ISLAM MASIH TERJAJAH, KHILAFAH ADALAH PENYELESAIANNYA

[SN374] Tahun 2013 akan meninggalkan kita beberapa hari lagi dan akan berganti dengan tahun baru 2014. Namun, sama seperti tahun-tahun sebelumnya, 2013 meninggalkan kenangan pahit untuk umat Islam walaupun sudah ada sedikit kemanisan di dalamnya. Sepanjang 2013, umat Islam seluruh dunia masih diliputi pelbagai bentuk masalah dan dibelenggu pelbagai bentuk penderitaan. Intinya, dunia Islam masih dijajah, baik penjajahan itu secara langsung dengan pencerobohan tentera mahupun penjajahan dalam bentuk lain secara ideologi, ekonomi, politik atau budaya.Secara ideologi, hampir kesemua negeri Islam masih menerapkan ideologi kapitalisme sebagai dasar negara dan asas pengaturan masyarakat. Penjajahan ideologi inilah yang memberikan jalan bagi penjajahan dalam bentuk lainnya seperti penjajahan ekonomi, politik, pergaulan, budaya pendidikan dan lain-lain. Oleh itu, tidaklah menghairankan walau secara ekonomi, negeri-negeri Islam memiliki sumber daya alam yang melimpah ruah, namun rakyatnya miskin. Ini kerana, selain dikaut pemerintah,perusahaan-perusahaan kapitalis asing mengeksploitasi segala kekayaan alam yang ada di negeri Muslim.

Negeri-negeri seperti Iraq, Afghanistan dan Palestin masih diduduki oleh tentera-tentera penjajahhingga sekarang. Kaum Muslimin dibunuh sewenang-wenangnya atas nama perang melawan terorisme dan menegakkan demokrasi. Penjajah kuffar itu juga turut menciptakan konflik dengan cara adu domba dengan pelbagai isu etnik, perkaumanmahupun akidah. Hasil dari semua kejahatan ini, lebih dari 1 juta umat Islam terbunuh di Iraq manakala tidak terhitung berapa jumlah yang terbunuh di Palestin dan Afghanistan.Amerika Syarikat, dengan menggunakan pesawat tanpa awak (drone) secara leluasa melakukan pembantaian massa sehingga ribuan umat Islam terbunuh di Afghanistan dan Pakistan. ‘Mesin pembunuh’ ini bolehmelakukannya dengan mudah dan leluasakerana dibiarkan, malah dibantu oleh penguasa-penguasa Muslim yang menjadi bonekanya. Inilah rutin mereka, membunuh dan terus membunuh tanpa henti. Jika ada kesilapan serangan, Amerika pura-pura memohon maaf manakala para pemimpin boneka ini pula pura-pura mengecam. Namun pembantaian massa terus berlanjutan dari masa ke semasa.

Segala kekayaan alam di tanah kaum Muslimin, diberikan oleh penguasa-penguasa boneka ini kepada puak kuffar. Segala persenjataan yang sepatutnya dihunus kepada kuffar penjajah, sebaliknya dihunus kepada rakyat sendiri. Pendek kata, para penguasa pengkhianat ini bukan sahaja merompak  dan membunuh rakyatnya sendiri, malah senantiasa memberi jalan dan memudahkan puak kuffarpenjajah ini untuk merompak kekayaan negeri Islam dan membunuh penduduknya.Rejim militer Mesir di bawah pimpinan Jeneral boneka as-Sisi contohnya, membunuh ratusan umat Islam yang mendukung Presiden Mursi. Ribuan Muslim ditahan, dipenjarakan dan diseksa secara kejam. Media massa dikawal sepenuhnya dan beberapa di antaranya disekat. Semua ini berjalan sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Amerika dan negara-negara Barat. Inilah fakta nyata yang berlaku pada tahun 2013 dan masih berlaku hingga kini. Kudeta militer di Mesir membuktikan kepada kita bahawa jalan demokrasi adalah penuh penipuan. Meskipun Mursi menang secara demokratis, namun tetap sahaja Barat tidak percaya 100% dan lebih mendukung militer sekular yang lebih diyakini kesetiaannya sebagai pelayan mereka.Rakyat inginkan Islam, namun kesilapan mereka memilih jalan demokrasi telah membawa padah yang amat buruk.

Di Syria, sudah lebih dua tahun rejim Bashar al-Assad yang kekejamannya melebihi binatang buas, melakukan pembantaian massa terhadap rakyatnya sendiri. Ratusan ribu dibunuh tanpa perikemanusiaandengan menggunakan segala bentuk dan jenis senjata, termasuklah dengan bom-bom berkuasa tinggi dan senjata kimia yang mengerikan. Ramai di kalangan mangsa adalah anak-anak dan para wanita. Dianggarkan lebih dari 1 juta warga Syria menjadi pelarian dalam keadaan yang amat menyedihkan, apatah lagi kini mereka sedang berhadapan dengan cuaca yang sangat dingin hingga ada yang terkorban kerana kesejukan. Namun demikian, perjuangan warga Syam tetap diteruskan. Tidak ada lain yang dikehendaki oleh para pejuang Syam kecuali menegakkan Islam dan Khilafah Islamiyyah di bumi yang diberkati itu. Kerana itulah, Amerika dan lain-lain kuasa besar masih tetap mempertahankan rejim Assad keranadi samping belum mendapatiejen penggantinya yang layak, kaum kuffar tersebut cukup takut sekiranya Bashar jatuh, maka Khilafah Islamiyyah akan berdiri di sana. 

Konflik berdarah yang berlaku di benua Afrika seperti Somalia, Nigeria, Afrika Tengah atau Sudan dengan memakan ratusan ribu korban, semuanya tidak lepas dari campur tangan Amerika dan sekutu-sekutu Baratnya yang rakus untuk menguasai kekayaan alam yang terdapat di negeri-negeri kaum Muslimin. Manakala di negeri-negeri yang umat Islam merupakan minoriti, nasibnya lebih menyedihkan lagi, seperti di Xianjiang Cina, Myanmar, Filipina, Thailand dan India. Diskriminasi terjadi terus-menerus, bahkan pembunuhan ke atas kaum Muslimin adalah satu perkara biasa. Padahal kaum Muslimin hidup di negeri mereka sendiri, di tanah milik mereka sendiri.Hal yang sama dialami oleh umat Islam di negara-negara Barat di mana mereka dilarang mengenakan hijab, dipersulit membangun masjid, masjid-masjid dilempari dengan pelbagai objek, dituduh terroris dan ekstremis. Semua ini terjadi seiring dengan menguatnyaIslamophobia yang didukung oleh para politikus, cendekiawan dan disuburkan dengan polisi negara-negara Barat yang anti Islam.

Tahun 2013 juga menyaksikan penghinaan ke atas Al-Quran, Islam dan Nabi Muhammad SAW diteruskan oleh puak kuffar seperti tahun-tahun sebelumnya. Mereka melakukan semua kekejian itu tanpa merasa takut sedikit pun kerana dilindungi oleh pemerintah dan sistem demokrasi negara mereka atas nama kebebasan. Namun, lebih penting, mereka tidak takut kerana tidak ada seorang penguasa Muslim  pun yang berani buka mulut untuk menjawab kebiadaban mereka itu. Kaum Muslimin seluruh dunia bangkit mempertahankan kesucian agama Islam, Al-Quran dan Rasulullah SAW, namun malangnya penguasa Muslim tetap bacul dan memaku. Penguasa kaum Muslimin tidak peduli semua itu kerana apa yang penting bagi mereka ialah kuasa, pangkat dan harta yang perlu mereka boloti habis-habisan. Rasulullah dihina, Al-Quran dihina…itu semua adalah perkara remeh bagi mereka!!!

Sepanjang tahun 2013 juga menyaksikan tentera kaum Muslimin, termasuklah di Malaysia terus diawetkan dari jihad fi sabilillah. Di saat dunia Islam terus menjerit meminta pertolongan, para tentera masih tetap memekakkan telinga danmembutakan mata.Hatta ke tahap Nabi Muhammad SAW dihina pun, para tentera ini masih tetap tidur di berek-berek mereka, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku dan seolah-olah Muhammad itu bukan Nabi mereka! Walhal kewajipan mereka adalah untuk berjihad mempertahankan Islam, membantu saudara-saudara mereka yang dibunuh dan membebaskan negeri-negeri kaum Muslimin dari cengkaman kuffar. Namun malangnya, mereka lebih mentaati pemerintah mereka yang khianat berbanding mentaati Allah Azza wa Jalla!

Kedudukan Di Malaysia

Landskap politik Malaysia tidak banyak berubah sejak Barisan Nasional mengekalkan kemenangan tipis dalam PRU ke-13 yang lalu. Walaupun mungkin tidak sehebat di tempat lain, tetapi umat Islam di Malaysia tetap tidak lepas dari tekanan dan penindasan. Baru sahaja rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga petrol, kemudian harga gula, kemudian diikuti dengan kenaikan tol, kenaikan tarif elektrik dan pengenalan cukai baru (GST). Apa yang menyebabkan rakyat semakin ‘sakit’ ialah apabila rakyat diperbodohkan sedemikian rupa dengan alasan ‘tak sekolah’ yang diberikan oleh kerajaan atas semua kenaikan tersebut. Sudahlah alasan tak masuk akal, kerajaan pula berbelanja super mewah manakala rakyat disuruh berjimat! 

Rasuah dan penyelewengan masih mendarah daging di dalam pemerintahan dan pentadbiran. Laporan Transparency International Malaysia mencatatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di tempat ke-53 tahun ini, dengan mata CPI bergerak satu tangga daripada 49 ke 50 berbanding tahun lepas.Masalah jenayah sudah tidak ada penghujungnya, malah semakin mengerikan. Di sebalik propaganda PDRMyang mengatakan kadar jenayah semakin menurun dan polis berjaya menumpaskan sindiket itu dan ini, namun realitinya saban hari berita tentang jenayah terpampang di media, baik media cetak mahupun elektronik. Jenayah samun, penculikan, kecurian, pencabulan dan banyak lagi sudah tidak terkata. Di antara Jan-Jun 2013, indeks yang dikeluarkan oleh PDRM sendiri menunjukkan kadar jenayah di seluruh Malaysia berjumlah 74,127 kes. Angka ini bukanlah suatu yang kecil dan boleh dipandang sebelah mata. Malah umum mengetahui bahawa angka tersebut hanyalah mewakili kes-kes yang dilaporkan, manakala jika termasuk kes-kes yang tidak dilaporkan, angkanya sudah pasti lebih menakutkan.

Sistem pendidikan pula masih tetap sekular dan mahal. Ia hanya mampu melahirkan insan yang bijak dari segi akademik, namun gagal membentuk syakhsiyahIslamiyyah para pelajar. Natijahnya, segala bentuk gejala sosial seperti kes-kes pergaulan bebas, perzinaan, hamil luar nikah, pembuangan bayi dan seumpamanya sudah mula wujud di peringkat usia sekolah lagi. Seterusnya ia memberi impak kepada runtuhnya institusi kekeluargaan dan sistem pergaulan dalam negara secara umumnya. Sistem sosial yang bebas ala binatang merupakan suatu yang lumrah dalam negara demokrasi, kerana demokrasi memberikan hak kebebasan (freedom) kepada setiap individu di dalam bertingkah laku. 

Namun sayangnya, sebahagian umat Islam masih tidak nampak bahawa kesemua kerosakan tersebut berlaku disebabkan oleh pemerintah yang khianat dan tidak menerapkan Islam. Semua kerosakan itu berpunca daripada sistem demokrasi yang diterapkan kerana demokrasi mengajar penganutnya bahawa kedaulatan itu ada di tangan rakyat, bukannya di tangan syarak. Inilah realiti demokrasi. Di bawah sistem kufur ini, manusia boleh melakukan maksiat sesuka hati. Ingin berjudi, ada tempat yang besar dan mewah disediakan; ingin menyanyi, melalak dan berjoget, ada kelab-kelab malam yang sentiasa terbuka dan banyak konsert-konsert yang dianjurkan dari masa ke semasa; ingin mengambil pinjaman riba, boleh didapatkan dengan mudahnya; ingin bermain saham, berniaga insurans dan banyak keharamanlain, semuanya boleh dilakukan kerana segala pintu maksiat terbuka luas dalam demokrasi.

Demokrasi memberikan kuasa kepada manusia untuk membuat hukum. Halal dan haram adalah ditentukan oleh mereka yang berkuasa. Mereka boleh membuat apa jua undang-undang sesuka hati mereka, mengenakan cukai sesuka hati, menaikkan tarif elektrik sesuka hati, mewujud dan menggalakkan perbankan ribawi sesuka hati, menyekat rakyat dari bersuara, berhimpun, berdemonstrasi dan sebagainya. Malah untuk mengajar agama pun disekat kecuali kepada mereka yang diberi tauliah sahaja. Sekiranya ada apa-apa usaha untuk menegakkan agama Allah dan menukar negara demokrasi ini kepada negara Khilafah, maka usaha ini sudah pasti disekat dengan lebih besar lagi.

Para pemerintah dalam sistem demokrasi tidak mahu rakyat menyibukkan diri dengan politik kerana ia boleh membahayakan kedudukan mereka. Namun, jika rakyat menyibukkan diri dengan ibadah-ibadah mahdhah dan berzikir, hal ini dibenarkan. Malah jika puluhan ribu berkumpul untuk berzikir pun, hal ini dibenarkan. Selain wujudnya kelompok yang sibuk untuk akhirat semata-mata, sebahagian besar umat Islam yang lain disibukkan pula dengan dunia. Kehidupan seharian mereka hanyalah dihabiskan untuk mencari sebanyak mungkin harta benda dunia. Bagi kelompok ini, istilah perjuangan Islam tidak ada dalam kamus hidup mereka, malah sebahagian mereka menganggap yang perjuangan Islam itu sebagai suatu yang bodoh kerana sengaja menempah risiko. Mereka sudah merasa senang dengan kehidupan dan merasakan berada di zon selesa dan tidak perlu berubah. Mereka sudah merasa cukup dengan rutin hidup seharian seperti pergi-balik kerja, bersiar-siar di waktu lapang, berkelah di hujung minggu, berlibur di waktu lapang dan musim cuti, bersukan, berehat dan tidur. Apa yang penting bagi mereka ialah perut kenyang! 

Sinar Harapan

Melihat keadaan umat Islam yang memilukan ini, HizbutTahrirwujud di tengah-tengah umat bagi memulihkan segala kerosakan dan berusaha membangkitkan umat seperti pada zaman kegemilangannya dahulu.HizbutTahrir telah merumuskan akar masalah dari seluruh masalah di dunia Islam,iaitu, kerana sistem kufur yang diterapkan di negeri-negeri Islam dan keberadaan penguasa-penguasa khianat dan boneka yang memimpin kaum Muslimin.  HizbutTahrir juga telah merumuskan penyelesaiannya dengan jelas dan menyeluruh, yakni dengan mengembalikan kehidupan Islam dengan menerapkan syariah Islam secara kaffah di bawah negara Khilafah.

HizbutTahrir telah merumuskan jalan perjuangan sebagaimana manhaj Rasulullah SAW, yang secara ringkasnya dapat diterangkan seperti berikut. Pertama, dengan cara mencetak kader-kader dakwah yang bersyakhsiyah Islamiyah sebagai hujung tombak perjuangan. Kedua, membangun kesedaran umat yang akan melahirkan pandangan umum (ra’yul am / public opinion) sehingga umat bergerak menuntut perubahan atas dasar akidah Islam dan tuntutan yang jelas iaitu tegaknya negara KhilafahIslamiyyah.Ketiga, melakukan thalabunnusrah (mencari pertolongan) dengan  mendatangi ahlu al-quwwah (pemilik kekuatan) yang memiliki kekuasaan hakiki seperti tentera, berdakwah kepada mereka, mengajak mereka kembali berpegang teguh pada Islam, sehingga mereka memberikan dukungan penuh kepada HizbutTahrirtanpa paksaan yang didasarkan kepada akidah Islam demi mendirikan sebuah Negara Islam (Khilafah).

Inilah thariqah (jalan) yang telah ditempuh oleh Rasulullah SAW. Inilah thariqah yang jelas, tegas dan benar yang akan membawa umat Islam ke jalan kemenangan. Bukan dengan jalan demokrasi yang terbukti gagal dan haram, bukan pula dengan cara people’s power ataupun kudeta militer yang tidak sesuai dengan sunnah Rasulullah SAW.Atas izin dan pertolongan Allah SWT,  perjuangan yang berlandaskan thariqah Rasulullah ini pasti akan berhasil. Sesungguhnya HizbutTahrir telah melihat tanda-tanda keberhasilannyadengan jelas di mana sudah semakin ramai umat Islam yang bergabung dengan HizbutTahrir dan kader-kader dakwah telah berjaya dicetak di seluruh dunia. Seterusnya sudah munculkesedaran umum di tengah-tengah masyarakat akan Islam yakni kesedaran akan kewajipan menegakkan syariah dan Khilafah dan  ditambah dengan dukungan daripadaahlul quwwah. Sungguh, fajar Khilafah itu sudah mula menyingsing dan tidak ada apa-apa yang boleh menghalangnya lagi.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Pertanyaan penting yang tersisa sekarang yang perlu dijawab oleh setiap Muslim adalah, di manakah peranan kita? Apakah kita masih ingin berdiam diri atau malah ingin menjadi penghalang? Jika masih ingin terus berpeluk tubuh atau menghalang, maka kepada Allah kami serahkan urusan kalian. Jika, kalian sudah sedar dan ingin bersama barisan pemuda HizbutTahrir di dalam menegakkan syariah dan Khilafah, maka ahlan wa sahlan dan salam perjuangan kami ucapkan. Keputusan adalah di tangan kalian. Sesungguhnya setiap keputusan itu akan ada yang menghisabnya! Semoga Allah memandu kita semua ke jalan kebenaran dan jalan kemenangan, baik di dunia mahupun akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan