16 Januari 2013

Ombak dan Pantai


Pemandangan Senja Yang Sempat Dirakamkan Dari KM Chalet
Bingkisan Yag Pernah Kutitipkan buat Ahli Usrah Mawaddah dalam Program Santai Mahabbah 2012 di Pantai Linggi Kg Sg Baru Melaka. Adakah antum/antunna masih ingat lagi analogi ombak dan pantai ? Rindu kalian...


Andai ombak membelah pantai,
Biarlah ia mengentam dengan kuat,
Andai hidup dilanda musibah,
Jadikan pantai sebagai teladan,
Semakin dipukul semakin cantik dan bersih tepiannya...

Jadi jika hidup kita dilanda badai,
Seberat mana sekali pun,
pastikan ia menjadi penguat jalan ke hadapan..
Kerana tanpa badai itu,
Kita tidak akan belajar dari kesalahan...
Andai pantai itu tidak pernah dilanda ombak,
Pasti kosong dari sampah dan kotoran,
Maka ia pasti bersih tanpa noda...
Dan disitu tiada celanya,

Mungkin pantai pasti berkata:
Kenapa aku tidak dibadai ombak?
Rasa hidup ku kosong tanpanya
Kerana kami diciptakan bersama dan saling memerlukan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan