26 November 2012

Mencari Keberkatan Hidup

Nur Ilahi Bagi Pencari Mardhatillah
Dunia yang menjadi tempat tinggal ini bukanlah kekal. Pelbagai gelombang cabaran dan ujian akan menimpa manusia. Begitu jua, usaha-usaha syaitan akan sentiasa mengiringi kehidupan kita. Semua ini perlu dihadapi dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan keredhaan dan keberkatan dari Allah.

Oleh itu, setiap kita perlu melakukan penyerahan diri secara benar bagi mendapatkan keberkatan dariNya. Allah telah berjanji kepada mereka yang bertaqwa dan bergantung diri kepadaNya maka Allah akan mengadakan jalan keluar kepada masalah yang dihadapinya.

Insan mulia akan mendahulukan keperluan dan perintah Allah melebihi keperluan dirinya sendiri. Mereka tahu dan jelas bahawa dunia ini adalah sementara sebelum melalui kehidupan yang kekal abadi di hari akhirat kelak. Oleh itu mereka akan memastikan setiap apa yang mereka lakukan di dunia ini sebagai ibadah keranaNya. Janji syurga sentiasa menjadi motivasi kepada insan mulia ini.

Kesan keberkatan akan menyebabkan jiwa akan merasa tenteram. Hati akan tenang dan rezeki yang halal akan memberi kebahagian kepadanya. Oleh sebab itu kita hendaklah sentiasa berusaha mendapatkan berkat dariNya.

Masjid Geduhum, 22 Jun 2012

1 ulasan:

  1. Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah




    Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :




    1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.

    Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.




    2. Buat kerja, tak siap.

    Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.




    3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.

    Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.




    4. Masa habis dengan sia-sia.

    Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.




    Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?




    Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.




    Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga.


    BalasPadam