06 Disember 2012

Indahnya Ukhuwah Itu

Ukhuwah Kerana Allah Pasti Indah
 Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.
Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati
Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab yang pasti, kita yang akan rugi.

Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.

♥ INDAHNYA UKHUWAH ♥
◕"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan..
Tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya..
Di dalam DOAnya.." ~~(Imam Al Ghazali) (-_-)
◕..Bagaikan mencari sebiji benih,terselit dalam semak berduri...
Begitulah mencari sahabat sejati..
Andai sudah kau temui, sayangilah dirinya sepenuh hati, dan suburilah ia dengan hati yang ikhlas dalam diri, agar dirimu juga menemui cinta Ilahi..
...
Andai persahabatan itu bertiangkan Ilahi..
Pasti ia disertai kejujuran dan redhaNya..✿

Hidup tanpa kebasahan jiwa ukhwah, seperti hidup yang mati!
Ukhuwah
Ukhuwah itu mengalami beberapa tingkatan proses iaitu :
1. Ta'aruf : Saling Mengenal
2. Tafahum : Saling Memahami
3. Ta'awun : Saling Menolong
4. Takaful : Saling Menanggung
5. Itsar : Mendahulukan orang lain daripada diri sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan