07 Disember 2012

Puisi Muasabah:Duhai Pendakwah

Penampilan Turut Menjadi Kesempatan  Dakwah
 Wahai pendakwah…
Diri ini sedar layaknya dimana harus berdiri…
Tuturku banyak yang sia-sia…
Hati daif tentang makrifat-Nya…
Iman senipis kulit bawang…sering kali goyah kala ujian menyapa…

Aku hanya insan da’ie…
Selalu hilang ditengah tenatnya dunia…
Buta dalam cerahnya siang…
Tuli dalam jelasnya pendengaraan…
Bingung dalam jaganya siang…

Wahai pendakwah…
Hati kecil ini kadang terpanggil untuk mendekat…
Jiwa seakan bergetar halus saat alunan syair merdu berkumandang…
Akal pantas merungkai kata, “Masihkah ada kesempatan itu…?”
Kaki seakan ingin berlari mendekat…
Namun jasad hitam berbisik pantas, “Layakkah dirimu…?”
Kepala melurut jatuh ke bumi, “Aku keliru…”

Saat senja nan merah menyapa…
Alunan syair itu kembali menyapa telinga…
Hati serasa sejuk bak disirami salju…
Aku melangkah cuba menghampiri…
Menyimpan resah, menolak malu…
Turuti kata hati yang menjerit nan meminta…

Kini aku terpaku…
Daerah yang ku redahi tersangatlah asing…
Sucinya tak terungkap dek mata…
Damainya tak ternikmat dek deria…
‘Subahanallah…Maha Agung Kuasa Mu Ya Allah s.w.t…’
Buat pertama kalinya bibirku tersenyum indah…
Sinar cerah melambai indah,
Menyapa hati yang telah lama kelam…

Namun…
Langit tak selalunya cerah…
Bintang tak selalunya bersinar terang…
Ternyata untuk meraih cinta-Nya payah…
Dan kini, pertengahan jalanku rebah…

Sungguh dunia sangat menakluk…
Pada megahnya dunia, cacian lantang bersuara…
Pada gemilangnya dunia, hinaan adalah lumrah…
Yang hina dicampak jauh ke lembah…
Yang khilaf tetap diprejudis salah…
Tiada ruang, tiada daya, tiada kesempatan…
untuk bangkit dari tenatnya dosa semalam…

Dalam kepayahaan mengawal sendu,
Kaki diheret menjauh walau hati menjerit marah…
Tempat itu takkan pernah jadi milikku…
Mengertilah wahai hati…

Dalam kebingungan, aku meniti hari…
Masih disini…tak bergoyang walau sedetik…
Pada nafsu hati melawan bicara…
Akankah aku menyerah atau terus bangkit berlari…?
Namun tiada yang ku temui…
Melainkan lorong yang kelam lagi suram…

Pada jasad, hati lantang menuntut jawapan…
“Begitu hinakah aku? Apakah khilafku tiada maafnya…?”
Oh diri…
Haruskah aku terus bersembunyi…
Menutup hinanya diri…
Menjauh dari tajamnya pandangan dan kata-kata…
Akankah ia menjanjikan sebuah ketenangan yang abadi…?

Hati seakan tak mengerti…
Enggan memahami walau berkali dimarahi…
Di daerah asing itu kaki kembali ternoktah.
Sekadar merenung dari kejauhan…
‘Ah! Hati ini memberontak lagi…’
Tak pernah jemu memujuk diri agar menghampiri…
Namun jasad kerdil ini tak mampu menuruti,
Tunduk ke bumi penuh hina…
Dalam kesyahduaan benak bertanya,
“Mengapa diri yang serba kekurangan dan jahil ini sering diamuk hina…?
Apakah kejahilaan silamku tiada maafnya…?
Apakah ruang taubat itu tak layak buatku...?
Pada siapa harus ku paut saat hati mencari sinar keinsafaan…andai memandang jasad kerdil ini dirimu sudah mencebik pantas…”

Wahai pendakwah…
Pada siapa harus ku tunding amarah…?
Pada siapa harus ku jerit salah….?
Kerana sedari lahirnya aku ke dunia tak siapa yang peduli…
tak siapa yang mengerti…
tak siapa yang membimbing…
Lautan duniawi ku redahi berpasakkan kekuataan diri cuma…
tiada penyuluh…
tiada yang sudi menuntun…

wahai pendakwah…
lihatlah sekelilingmu…
amatilah dengan seluruh anggotamu…
ketahuilah…
tak semua orang beruntung sepertimu…
tak semua orang mampu meraih manisnya iman sepertimu…
Janganlah kau megah dengan kelebihanmu itu…

Dalam kepiluan yang mencengkam kaki dipaksa melangkah…
‘Ya Allah…tak terucap rasa yang mencengkam dadaku ini…’
Pada indahnya alam ciptaan-Mu…
Secebis ketenangan digapai…
Agar hati bisa merawat luka yang terlakar…
Moga ku temui jalan-Mu Ya Rabbi…

Wahai pendakwah…
Jangan kau amarah, andai ada yang mencebik ke arahmu…
Kerana kau sendiri yang palitkan kotoran itu pada wajahmu…
Jangan kau melenting saat tudung labuhmu hilang kehormataannya…
Kerana kau sendiri yang menodainya…
Malulah engkau pada egomu yang telah mengheret seluruh kerajaan dakwah dalam kamar hakim dunia!

Apa yang kau megah dengan ilmu didadamu,
Andai hanya bersuara lantang bila tergugat…
Apa yang kau megah pada pakaianmu,
Andai hatimu tak sudah megundang jengkel…
Apa yang kau juangkan pada jalan dakwahmu,
Andai dirimu sering memandang hina pada yang lain…
Bisa apakah kau mengharapkan dirimu dihormati…
Sedangkan seri hatimu terpancar nyata diraut wajahmu…
Tak perlu kau megah mendongak ke langit,
Hanya untuk bersuara nyaring!
Kerana jalan dakwah itu suci…
Bukan medan untuk kau pasakkan kemegahanmu…

Mengertilah...
aku bukan mengharapkan simpatimu...
tak juga menagih belas ihsanmu...
aku hanya ingin mengemis curahan ilmu didadamu,
agar bisa aku merasakan manisnya Iman sebelum kelopak mata terpejam rapat...

usah khuatir...
pada hatiku tiada dendam...
pada doaku tiada amarah...
ku sedar dirimu jua manusia yang selalu khilaf...
ambil la masa untuk kau renunginya kembali...
moga dapat kau kutip kembali kesucian nawaitumu pada jalanan dakwahmu...


Nukilan khas buat 'INSAN'
Dazz-


~Seseorang pendakwah, sebelum melangkahkan kakinya ke medan dakwah, terlebih dahulu hendaklah melengkapkan dirinya dengan sifat-sifat pendakwah muslim dan memahami jalan sebenar yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. Tanpa kefahaman yang jelas, maka pendakwah itu akan menghadapi kesukaran yang sepatutnya boleh dielakkan.

Sifat-sifat pendakwah muslim yang perlu ada antaranya iaitu budi pekerti mulia, lurus perilakunya, sifat kepimpinan yang sihat, tekun dan penuh keazaman, berperasaan kesihan belas dan tegas, benar dan amanah, kecerdikan, beramal solih yang berkekalan, kesedaran, berupaya memberi penerangan, berupaya menyelesaikan masalah masyarakat serta dapat memhamami jiwa individu dan masyarakat. Disamping itu dapat memahami perasaan orang ramai dan mendapat kasih sayang, penghargaan dan penghormatan dari masyarakat terutama sekali dalam jurusan agama.

Oleh itu kita sepatutnya meneliti metod dakwah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w., diantaranya apa yang disebut dalam surah Yusof ayat 108, maksudnya : "Katakan olehmu (wahai Muhammad), inilah jalanku, yang aku dan mereka yang mengikutku menyeru ke jalan Allah dengan basirah dan Maha Suci Allah, dan tidaklah aku tergolong dari golongan musyirikin." "Basirah" menurut Dr. muhammad Fathullah badran membawa erti : "Ilmu yang luas, hujah-hujah yang kuat, pengetahuan hati, kesedaran, kefahaman yang dalam, memelihara hal keadaan orang yang didakwahkan dan menggunakan kata-kata yang jelas." Dan "salbi" (inilah jalanku) itu tidak lain melainkan jalan yang satu iaitu Islam yang padanya diberi panduan iaitu Al Quran dan al Hadis Rasulullah s.a.w. Ini dijelaskan oleh Allah sendiri dalam firmanNya surah al-An'am ayat 153 yang bermaksud : "Dan bahawa inilah jalanku yang lurus maka hendaklah kamu sekalian mengikutinya dan janganlah engkau ikut jalan yang berbagai-bagai kelak ia memecah-belahkan kamu sekalian dari jalanNya.

Itulah pesanan buat para pendakwah sekalian, mudah-mudahan kamu bertaqwa."Walaupun nampak sukar, tetapi itulah
asas yang digariskan oleh baginda dalam penyebaran dakwah yang diikuti oleh para sahabat dan generasi kemudian. Maka sewajarnyalah ia menjadi azimat buat para daie terkemudian bagi meneruskan kerja-kerjamulia itu.~

2 ulasan:

  1. subhanallah .. sedap puisi tu.. ana mohon izin untuk aplikasi kan ia sebagai sebuah persembahan boleh?

    BalasPadam
  2. sedap...n terbaik
    sajak yg saya cari dah jumpa

    BalasPadam