Muslim yang Cergas Pemangkin Kekuatan Ummah |
Dalam sebuah hadith, Nabi SAW pernah menyatakan bahawa
terdapat dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia, iaitu nikmat kesihatan tubuh badan dan nikmat waktu lapang (HR Bukhari).
Islam telah memberikan perhatian yang sangat besar dan menghargai kesihatan tubuh manusia. Di samping itu, Islam turut melarang apa sahaja perkara yang boleh melemahkan kesihatan, bahkan menyuruh agar menghindari daripadanya [TMQ al-A'raf (7): 157]. Bagi tujuan tersebut, Islam menganjurkan agar kita melakukan sukan atau olahraga kerana bersukan mempunyai manfaat yang sangat besar terhadap kesihatan manusia.
Antara manfaat-manfaat yang dapat diperoleh melalui sukan atau olahraga adalah:
(1) melancarkan peredaran darah dan ini akan membolehkan organ-organ pada tubuh dapat berfungsi dengan lebih baik
(2) melindungi daripada pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes
(3) meningkatkan kawalan terhadap emosi dan perasaan
(4) menonjolkan potensi dan kebolehan diri yang luar biasa
Dan banyak lagi manfaat-manfaat lain yang dapat disenaraikan. Dalam perkara ini, syariat Islam telah pun menyempurnakan kemaslahatannya demi menjaga kesihatan dan kekuatan umatnya.
Perintah Olahraga
Bersukan atau berolahraga merupakan perkara yang penting dalam kehidupan manusia khususnya berkaitan kesihatan. Faktor kesihatan dan kesegaran tubuh badan memainkan peranan yang sangat penting dalam melaksanakan sebahagian besar amalan ibadat-ibadat kaum Muslimin seperti solat, haji dan jihad. Malah, ibadat-ibadat itu sendiri turut memberikan sumbangan terhadap kesihatan dan kesegaran tubuh badan.
Jika kita mengkaji dengan teliti sirah Nabi Muhammad SAW, kita akan mendapati bahawa baginda SAW telah melakukan pelbagai jenis sukan dan olahraga dan baginda juga menganjurkan untuk melakukannya. Baginda juga telah mendiamkan diri terhadap perbuatan para sahabat yang melakukan beberapa jenis sukan dan olahraga. Antaranya:
1. Memanah dan menombak: 'Uqbah bin 'Amir menyatakan bahawa beliau pernah mendengar Nabi bersabda di mana ketika baginda berada di atas mimbar sambil membaca ayat,
“Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki...” [TMQ al-Anfal (8): 60]
Nabi menyatakan,
“Ingatlah, bahawa kekuatan (yang dimaksudkan) tersebut adalah memanah. Ingatlah, bahawa kekuatan tersebut adalah memanah. Ingatlah, bahawa kekuatan tersebut adalah memanah.” (HR Muslim).
Belum pernah Nabi menjadikan kedua orang tua sebagai tebusan kecuali terhadap Sa'ad bin Abi Waqqash disebabkan panahannya dalam jihad.
“Panahlah, demi bapa dan ibuku sebagai tebusan bagi kamu.” (HR Bukhari dan Muslim).
2. Berenang: Ibnu 'Abbas berkata, Nabi SAW dan para sahabat pernah berenang di Ghadir.
'Umar bin al-Khattab ketika menjadi Khalifah pernah menulis surat kepada Abu 'Ubaidah al-Jarrah supaya mengajarkan anak-anak untuk berenang (HR Ahmad).
3. Menunggang kuda:
'Umar bin al-Khattab juga pernah menulis surat kepada para sahabatnya ketika mereka berada di Azerbaijan agar menunggang kuda tanpa pegangan tangan (pada tali kajai) sehingga penunggang kuda tersebut dapat merasakan kenikmatannya. Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW (HR 'Abd ar-Razzaq).
4. Berlari:
'Aisyah ra menyatakan bahawa beliau pernah berlumba lari dengan Nabi SAW ketika bermusafir (HR Abu Dawud).
5. Perang-perangan:
Ali bin Rukanah menyatakan bahawa ayahnya (Rukanah) pernah berlatih perang menentang Nabi dan baginda pun melayaninya (HR Abu Dawud).
6. Angkat berat:
Suatu ketika Nabi pernah melalui suatu kaum di mana mereka sedang mengangkat batu yang berat. Kemudian mereka mengangkat yang lebih berat lagi dan begitulah seterusnya. Nabi tidak mengingkari perbuatan mereka (HR al-Baihaqi).
7. Seni beladiri: Seperti karate, taekwondo, judo dan kungfu adalah sebahagian daripada bentuk beladiri yang sama sepertimana bermain pedang. Seni beladiri perlu dipelajari bagi mempersiapkan fizikal diri masing-masing dalam usaha untuk berjihad dan menjunjung kemuliaan Islam.
Segala sukan dan olahraga yang disebutkan di atas diperintahkan oleh Nabi SAW berdasarkan keumuman hadithnya,
“Orang Mukmin yang kuat itu lebih baik dan dicintai oleh Allah bebanding orang Mukmin yang lemah. Dalam semua perkara yang baik itu, maka peliharalah apa yang bermanfaat bagimu. Berlindunglah kepada Allah dan janganlah kamu menjadi lemah.” (HR Muslim dan Ibnu Majah).
Nabi SAW sangat memuji orang Mukmin yang kuat kerana kekuatan mereka boleh digunakan untuk memuliakan Islam iaitu melalui perang jihad di jalan Allah. Selain itu, kekuatan itu juga digunakan untuk melaksanakan perintah ketaatan yang lain seperti solat, haji dan berdakwah.
Polisi Sukan dan Olahraga Yang Salah
Pada waktu ini, umat Islam sedang dipimpin oleh ideologi kapitalisme di mana asas manfaat dijadikan sebagai kayu ukur utama dalam pandangan hidup. Akibatnya, seluruh orientasi kehidupan kaum Muslimin telah berjaya disesatkan. Mereka bukan lagi hidup untuk Islam dan umatnya, jauh sekali dalam mempersiapkan diri bagi kehidupan akhirat. Mereka hidup untuk kesenangan duniawi dan untuk meraih kemewahan material sebanyak mungkin. Dunia sukan dan olahraga kini menjadi industri untuk mewujudkan cita-cita hidup yang penuh dengan kepalsuan, kealpaan dan populariti.
Para atlet dan olahragawan telah muncul sebagai selebriti yang diburu oleh media dan peminat di sana sini, kemudian diikuti dengan penglibatan dalam industri pengiklanan dan perolehan pendapatan yang memukau pandangan mata. Inilah hakikat realiti industri sukan dan olahraga yang telah jauh tersasar keluar daripada konteksnya yang utama yang bertujuan untuk menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat dan bertujuan untuk melatih kekuatan fizikal bagi persiapan untuk berjihad di jalan Allah. Di negara-negara Barat khususnya, termasuk juga negara-negara yang menjadi pengikut setia mereka, para atlet dan olahragawan terlibat dengan pelbagai skandal seks, arak, judi, ketagihan dadah dan masalah moral yang kritikal.
Fenomena kehidupan mereka yang rosak ini telah berjaya menyihir pemikiran kaum Muslimin. Siang dan malam tanpa henti kaum Muslimin sentiasa mengikuti segala berita dan perkembangan sukan atau olahraga dengan penuh mendalam sehinggakan mereka nyaris-nyaris tidak tahu menahu tentang urusan agama dan urusan saudara-saudara umat Islam yang lain. Fitnah ini telah menyeret mereka dari pelbagai golongan usia, mulai daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah kepada orang tua. Inilah antara musibah yang sedang dihadapi oleh kaum Muslimin pada saat ini. Selain itu, sukan dan olahraga juga telah digunakan sebagai sarana untuk meracuni pemikiran mereka dan menghalangi mereka daripada mengingati Allah, untuk bersolat dan berjihad di jalan Allah, di samping membazirkan segala potensi diri mereka untuk terus bermain sukan siang dan malam tanpa memperdulikan segala peristiwa atau keadaan yang menimpa kaum Muslimin yang lain, baik di sekelilingnya mahupun di seluruh dunia. Ini jelas sama sekali diharamkan dalam Islam.
Misi Negara dan Olahraga
Negara Khilafah adalah negara ideologi yang akan menerapkan Islam sebagai dasar negara dan menyebarluaskannya ke seluruh dunia. Misi utama Daulah Khilafah adalah untuk menyebarkan cahaya Islam ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad bagi membebaskan umat manusia daripada penjajahan dan perhambaan kepada sesama manusia menuju kepada penyembahan Allah SWT Yang Maha Esa. Melalui misi ini, Islam akan menjadi pemimpin bagi segala ideologi di dunia. Kemuliaan yang diperoleh Islam bukan sahaja akan menjadi kebanggaan bagi seluruh umat Islam, bahkan bagi seluruh umat manusia.
Daulah Khilafah dan umat Islam pada hari ini bertanggungjawab bagi mengembangkan Islam ke seluruh dunia demi membebaskan umat manusia daripada kegelapan ideologi kapitalisme, sosialisme atau isme-isme yang lain sehingga mereka dapat melihat dan merasai sendiri betapa indahnya hidup di bawah naungan Islam. Dalam hal ini, sukan dan olahraga diperlukan hanya semata-mata bertujuan untuk menjaga kesihatan dan kesegaran tubuh badan agar dapat menjalankan tanggungjawab dalam mengembangkan risalah yang mulia ini. Sukan dan olahraga bukan menjadi kerjaya, tujuan, misi atau orientasi hidup umat Islam sepertimana yang diamalkan manusia pada hari ini yang mana ia sama sekali bertentangan dengan tuntutan Islam.
Justeru, Daulah Khilafah tidak akan menganjurkan sebarang organisasi sukan atau olahraga dan mempertandingkannya bagi meraih gelaran juara atau pingat-pingat yang tidak membawa sebarang makna. Ini termasuklah organisasi sukan di peringkat daerah, negara mahupun antarabangsa seperti acara Sukan Sukma, Sukan SEA, Sukan Commonwealth, Sukan Olimpik dan lain-lain lagi. Penganjuran kesemua acara-acara sebegini termasuk dalam kategori permainan yang terorganisasi (lahw[un] munadz-dzam[un]) yang secara nyata memalingkan umat ini daripada visi, misi, tujuan dan orientasi hidup mereka sebagai umat yang mengembangkan risalah dakwah.
Walaupun begitu, ini bukan bermakna bahawa Daulah Khilafah tidak akan membangunkan sebarang kemudahan atau prasarana sukan dan olahraga dalam negara. Segala kemudahan dan prasarana sukan dan olahraga seperti padang, trek larian, gimnasium, kolam renang, arena memanah dan menembak, arena menunggang kuda dan sebagainya akan tetap dibangunkan oleh Daulah Khilafah. Cuma bezanya adalah kesemua perkara tersebut didedikasikan dan ditumpukan sebagai suatu kemudahan umum untuk menjaga kesihatan dan kesegaran rakyat semata-mata dalam rangka untuk mempersiapkan diri mereka untuk mengembangkan risalah dakwah dan juga untuk melancarkan perang jihad. Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan